fbpx

Bagaimana memberi nasihat kepada rakan berkenaan hukum CFD

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 376Views

Beberapa hari yang lepas saya menerima mesej daripada seorang rakan yang meminta pandangan mengenai situasi pelaburan yang dihadapinya.

Beliau memberitahu bahawa beliau telah melabur dalam pelaburan CFD di Indonesia setelah diberitahu bahawa ia patuh syariah. Namun, selepas melabur, baru beliau menyedari bahawa hukum pelaburan CFD adalah haram berdasarkan penerangan yang beliau dapat melalui video-video Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Dr. Daud Bakar.

Beliau kemudian telah mengeluarkan semua modal selepas menyedari bahawa ia haram. Namun, beliau kini berada dalam dilema mengenai kaedah terbaik untuk memberitahu rakan-rakan yang juga terlibat.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau dan semoga hijrah beliau diberkati oleh Allah. Berhijrah bukan perkara mudah, terutamanya apabila melibatkan wang ringgit dan keuntungan.

Berikut adalah respon saya kepada beliau:

Berterus teranglah bahawa pelaburan CFD itu haram.

Ia melibatkan dosa dan pahala.

Mungkin rakan-rakan tersebut tidak mengetahuinya, jadi menjadi tanggungjawab Dr untuk memberitahu mereka.

Berikan sahaja link-link yang berkaitan agar mereka mengetahui bahawa ia haram.

Kemudian, ajak mereka untuk berhenti melabur.

Ini adalah tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar bagi Dr.

Nabi telah bersabda, jika melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan.

Jika tidak mampu, dengan lidah.

Jika masih tidak mampu, baru dengan hati.

Jadi, paling tidak sampaikan kebenaran ini melalui mesej.

Memang benar bahawa kebenaran itu pahit, tetapi syurga itu manis.

Setelah Dr memberitahu mereka, tanggungjawab Dr sudah selesai.

Seterusnya, doakanlah agar mereka diberikan hidayah untuk melihat kebenaran sebagaimana yang Dr lihat.

Kita ingin masuk syurga bersama-sama dengan orang-orang yang dekat dengan kita.

Saya yakin mereka akan melihat keikhlasan Dr.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika kita sangka orang miskin dan golongan pertengahan sahaja yang…