fbpx

Jangan sangka masalah kewangan hanya berlaku kepada golongan B40 dan M40. Golongan T20 pun!

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 553Words
  • 169Views

Jika kita sangka orang miskin dan golongan pertengahan sahaja yang ada masalah kewangan, sebenanrnya silap.

Bukan B40 dan M40 sahaja ada masalah kewangan, golongan T20 pun ada masalah kewangan. Setiap orang akan ada masalah kewangan dengan cara mereka, dengan wang mereka.

Contoh dalam kes ini, dalam posting saya di Twitter, ada seorang netizen memberi komen apa yang saya tulis kena betul atas batang hidung beliau.

Beliau berkongsi bahawa pendapatannya RM11,000 sebulan, tapi masih hidup sesak dengan perbelanjaan bulanan mencecah RM14,000 sebulan.

Katanya shortfall Itu dicover oleh duit terpijak spt claim elaun perjalanan, mengajar part time.

Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena sejagat. Perkara ini ada saya kongsikan dalam buku Financial Independence Retire Early. Saya kongsikan sedikit di sini.

Bagi anda yang berpendapatan lebih kecil, ambil ini sebagai pengajaran. Pernah tak kita alamak situasi di bawah?

Masa mula-mula bekerja dengan gaji RM1,500, kita dapat rasakan gaji itu banyak dan cukup. Tapi tak lama selepas itu kita merasakan gaji itu tidak lagi mencukupi.

Duit gaji selalu habis hujung bulan, dan nak menyimpan pun tak cukup. Dalam hati kecil kita berkata, “Kalau aku dapat tambah income RM500 lagi tentu masalah kewangan aku selesai”.

Maka selepas itu kita pun kerja keras, buat part time atau cari kerja lain dan dapat gaji RM2,000. Masa mula-mula dapat gaji RM2,000 kita merasakan gaji itu banyak, tapi ia tak lama.

Duit gaji selalu habis hujung bulan, dan nak menyimpan pun tak cukup. Ketika ini naluri kita berkata, “kalaulah aku dapat gaji RM3,000, tentu kehidupan aku lebih baik dan boleh buat simpanan”.

Maka kita pun kerja keras lagi sehingga dapat income RM3,000. Perkara sama berulang. Awalnya kita merasakan gaji itu banyak tapi rupanya tak lama.

Duit gaji selalu habis hujung bulan, dan nak menyimpan pun tak cukup. Ketika ini kita berasakan, “kalau dapat gaji RM5,000 sebulan tentu akan selesai masalah, tentu ada banyak duit lebih, tentu dapat menyimpan”.

Kemudian kita pun ulang perkara yang sama – kerja keras + buat kerja part time + cari kerja lain = maka dapat total gaji yang lebih besar, RM5,000.

ADAKAH MASALAH KEWANGAN KITA SELESAI? TIDAK.

Perkara yang sama ketika bergaji RM1,500, masih berulang ketika gaji RM5,000. Duit gaji selalu habis hujung bulan, dan nak menyimpan pun tak cukup.

Ia akan berulang-ulang-ulang-ulang-ulang sehingga Abang Jamil…..

Pernah tak ia berlaku kepada anda?

KENAPA IA BERLAKU?

Sebab cara fikir kita semasa bergaji RM1,500 masih kekal biarpun gaji kita meningkat ke RM2,000, ke RM3,000 ke RM5,000.

Dengan cara fikir yang masih masih sama, jika dapat income RM10,000 pun akan mengulangi masalah yang sama.

Logiknya, jika pendapatan meningkat sudah tentu akan ada duit lebihan di hujung bulan dan mampu untuk membuat simpanan, bukan?

Tapi apa yang berlaku ialah, apabila pendapatan semakin besar, perbelanjaan pun semakin besar. Kita akan cenderung untuk berbelanja lebih besar. Kita mula tukar kereta yang lebih besar. Kita beli rumah yang lebih besar.

Akhirnya kita terperangkap dalam “rat race”.

Bak kata pepatah Melayu “Makin besar periuk, makin besar keraknya”. Walhal sekarang dah pakai rice cooker, dah tak ada kerak tebal. Dah ada TM6, langsung tak ada kerak.

Kenapa jadi begitu? Cara fikir. Mindset. Dari situlah lahirnya habit dan tindakan sehingga terjadi apa yang terjadi.

Jadi, macamana nak ubah? Ubah cara fikir. Ubah mindset. Apabila ia berubah, sikit-sikit ia akan mengubah habit dan tindakan. Perkara ini dikongsi lebih detail dalam buku Financial Independence Retire Early.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, seronok saya tengok komen rakan-rakan apabila saya kongsikan strategi…