fbpx

Bagaimana Pekerja Bangladesh Mampu Hantar Duit RM1200 Di Kampung

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 125Words
  • 357Views

Gara-gara hujan lebat, lelaki ini terperangkap dalam kedai gunting RM5 ini.

Mana nak dapat gunting rambut RM5 di Lembah Klang begini? Selalunya sekitar RM7 – RM9.

Sambil-sambil tunggu hujan reda, apa kata kita berkenalan dengan tukang gunting rambut dari Bangladesh ini, En Mohammed.

Katanya, setiap hari kira-kira 20 ke 25 orang datang ke kedainya yang dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

Ia dibuka setiap hari, Isnin hingga Ahad. Sebulan hanya sehari sahaja bercuti.

Sudah 8 tahun datang Malaysia selepas berhijrah daripada Bangladesh.

Gajinya RM1,800 sebulan.

Belanja hanya untuk sewa bilik RM150 dan makan minum kira-kira RM400 sebulan.

Tau berapa duit dia hantar kepada keluarganya di Bangladesh?

RM1,200!

Kita, berani buat?

Kerja 29 hari sebulan + 10 pagi hingga 10 malam + belanja 33%.

Sanggup?

 

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa erti MERDEKA bagi anda? Erti MERDEKA bagi rakyat Malaysia…