Apa Erti MERDEKA Bagi Anda?

Apa erti MERDEKA bagi anda?

Erti MERDEKA bagi rakyat Malaysia apabila dapat membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.

Erti MERDEKA kedua bagi rakyat Malaysia ialah dapat buang pemimpin yang “menjajah” selama 61 tahun.

Erti MERDEKA ke-3 mungkin akan diperoleh apabila dapat buang pemimpin yang sama pernah “menjajah” selama 22 tahun ketika tempoh penjajahan 61 tahun tadi.

Erti MERDEKA bagi seorang kanak-kanak ialah dapat main sesuka hati tanpa dihalang oleh ibu bapa.

Erti MERDEKA bagi seorang pelajar ialah apabila berjaya siap assignment yang lecturer bagi. MERDEKA juga bermaksud tamat final exam. MERDEKA juga bermaksud sudah grad!

Erti MERDEKA bagi seorang graduan apabila dapat melangsaikan hutang PTPTN / hutang JPN / hutang MARA dan segala jenis hutang.

Erti MERDEKA bagi seorang penganggur ialah apabila mendapat peluang pekerjaan.

Erti MERDEKA bagi seorang pekerja ialah apabila bosnya tiada atau dapat jadi boss.

Erti MERDEKA bagi seorang suami apabila dapat membebaskan diri dari kawalan sang isteri (Hehe…gurau saja)

Erti MERDEKA bagi seorang isteri pula ialah dapat belanja duit suami sesuka hati. Hoho!

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita mendapat kebebasan kewangan.

Erti MERDEKA KEWANGAN juga ialah bebas hutang.

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita menjadi bos untuk diri sendiri.

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita bebas mengatur masa tanpa terikat office hour.

Erti MERDEKA yang sebenar bagi seorang MUSLIM ialah apabila dapat membebaskan dari azab api neraka!

Salam MERDEKA!

 

P/S; Apa erti kemerdekaan Sdra/i?

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com