fbpx

Bagaimana Provokasi Al Jazeera Kepada DS Najib Menambah Nilai Berita

Terkejut juga tengok momen ini.

Beberapa kali DSN bangun dari kerusi ketika interview dengan Al Jazeera.

(Gambar dari Malaysiakini)

Dato’ Najib patut belajar daripada Tun M bagaimana berhadapan dengan provokasi wartawan.

Itu memang kerja wartawan untuk bertanya dan memprovokasikan utk mendapatkan berita.

Kalau soalan-soalan yg “plain” tentang ekonomi negara, saya yakin media boleh petik dari tulisan-tulisan Dato’ dan ia tidak ada nilai berita.

Tak perlu interview pun boleh dapat buah fikiran Dato’.

Dato’ patut jangka akan ada provokasi begitu, biarpun ada topik khusus yg dipersetujui.

Apabila ada provokasi, respon DSN baru ada nilai berita. Tidak respon pun dan bangun dari kerusi pun sudah cukup menjadi berita bagi media.

Contoh mudah begini: Kalau orang kena kejar dan gigit dengan anjing – tidak ada nilai berita. Tapi kalau anjing kena kejar dan kena gigit dengan orang – baru ada nilai berita.

Itulah kerja wartawan dari zaman Dato’ dulu lagi hingga sekarang.

Sekian

Afyan Mat Rawi
Pernah jadi belajar ilmu kewartawanan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com