fbpx

Bahana Gaji Awal

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 227Words
  • 332Views

Rakan saya ini bekerja di bahagian Human Resource sebuah syarikat swasta.

Beliau update situasi yang berlaku dan tag saya.

Gara-gara gaji masuk awal sempena raya, sebaik sahaja kembali daripada cuti raya, berduyun-duyun staf apply personal loan untuk tampung kos sara hidup sebelum gaji sebulan akan datang.

Beliau yang bekerja di bahagian HR, menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada pihak bank untuk pengesahan staff.

Inilah #nerakawang.

MASALAH besar orang kita ialah apabila mudah sangat buat hutang.

 Nak raya buat hutang.
 Nak renovate rumah buat hutang.
 Nak kahwin buat hutang.
 Anak masuk sekolah buat hutang.
 Lepas beli kereta dengan hutang, buat hutang lagi untuk modified kereta
 Masuk U buat hutang.
 Nak beli rumah, tak ada deposit, buat hutang
 Kadang-kadang, sebab tengok rakan seofis buat hutang, tiba-tiba rasa nak buat hutang.

Dan situasi ini berlaku saban tahun, dan akan memberi impak domino kepada situasi seseorang.

Gaji masuk awal  Belanja tak ingat dunia  Duit gaji awal habis  Buat personal loan  Belanja sakan lagi  Duit habis lagi  Buat personal loan lagi  Hutang bertimbun  Tak mampu kumpul aset  Umur makin meningkat  Hutang piutang tak habis-habis bayar  Salahkan kerajaan sebab harga barang mahal Salahkan Zionis sebab wujudkan wang kertas  Salahkan semua orang kecuali diri sendiri.

Jauhi #NerakaWang

Follow FB Afyan Mat Rawi dan klik see first utk lagi tip-tip dan panduan kewangan.

Follow juga channel telegram t.me/tipsRM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa rakan pelanggan malah ada juga ejen yang bertanyakan saya…