fbpx

Rahsia Memakai Purdah

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 571Words
  • 383Views

Apabila berlaku wabak penyakit Coronavirus, Influenza dan seumpamanya, rata-rata rakyat Malaysia diseru untuk memakai “purdah” penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan menularnya wabak ini.

Tidak cukup Kementerian Kesihatan, malah NGO, parti politik dan lain-lain pun turut memberi peringatan yang sama.

Ia adalah peringatan yang bagus. Tiada siapa yang mempertikaikan perkara tersebut kerana sedar akan kepentingan tersebut. Kementerian kesihatan merupakan badan bertanggungjawab dan berautoriti dalam hal ehwal kesihatan rakyat Malaysia, maka gesaan itu perlu diambil perhatian oleh rakyat jelata.

Namun amat malang bagi yang berpurdah. Ia dilabelkan sebagai kolot. Berpurdah itu kolot, berserban itu kolot. Tetapi pakaian terdedah atas dan bawah itu tidak mengapa.

Saya teringat dalam satu ceramah oleh Allahyarham Tuan Guru Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, katanya;

 

Image may contain: 1 person, text that says ""Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah swt sebagai Tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah..." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursidul am Pas"

“Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah”

Kata-kata TGNA ini turut dijadikan lirik dalam sebuah lagu.

 

Dalm satu peristiwa lain, di dalam majlis dialog bersama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (ketika itu Menteri Besar), pada satu sesi penerangan yang diadakan selepas Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan ingin melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, sekitar tahun 2000.

Satu soalan yang dikemukakan oleh YB Teressa Kok, berkenaan hukum potong tangan yang dilihat sebagai zalim. Takkanlah Tuhan Allah, katanya yang bersifat seperti seorang bapa ke anaknya sanggup memotong tangan anak-anaknya.

Jawapan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, sekiranya seorang doktor mengarahkan untuk memotong kaki seorang pesakit kencing manis yang kronik, tiada siapa yang mempertikaikan kerana percaya kepada kewibawaan doktor tersebut.

Begitulah juga halnya dengan hukum hudud dan qisas, Allah lebih mengetahui apa yang kita ketahui. Hukuman sebat, rejam, bunuh balas dan potong tangan atau kaki tidak lain tidak bukan untuk mencegah “wabak” yang lebih bahaya iaitu jenayah yang berleluasa.

Ringkas tetapi padat sekali jawapan yang diberikan oleh Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang. Saya tidak pasti sama ada si penanya, YB Teressa Kok puas hati atau tidak dengan jawapan yang diberikan.

Dahulu, ketika mula-mula undang-undang hudud cuba diperkenalkan di Kelantan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekitar tahun 90-an, ramai yang memberi reaksi yang memperlekeh undang-undang tersebut. Malah sehingga ada kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan akidah seperti; “kalau nak makan sup tangan datanglah ke Kelantan”, “kalau hukuman rejam dijalankan, nanti habislah batu-batu digunakan”, dan sebagainya. Yang sedihnya ialah, ia dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu-Islam sendiri.

Selepas digagalkan oleh Kerajaan Pusat, TGNA menjalankan siri-siri penerangan tentang enakmen jenayah syariah dari masa ke masa. Alhamdulillah selepas kira-kira 10 tahun, pada tahun 1999 PAS memerintah Kerajaan Negeri Terengganu, apabila undang-undang ini cuba diperkenalkan kembali di sana, agak kurang kenyataan-kenyataan berbaur menghina Islam dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. Ketika itu, kritikan-kritikan kepada hukum hudud lebih kepada soal-soal teknikal, seperti “bagaimana hendak membuktikan kes rogol”, “hudud masih belum sesuai kerana masyarakat majmuk”, “pelaksanaan hudud akan menyebabkan masyarakat bukan Islam takut”, dan sebagainya.

Baru-baru ini apabila Kerajaan Kelantan ingin menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, terdengarlah sekali lagi nada dan irama yang pernah dinyanyikan pada tahun 1990 dan 1999 ketika Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu ingin memperkenalkannya dahulu.

Alangkah bagusnya kalau ramai-ramai menerimanya sebagaimana kita menerima saranan Kementerian Kesihatan untuk “berpurdah”, atau sebagaimana saranan doktor untuk memotong kaki pesakit kencing manis yang kronik?

Bukankah Allah itu Tuhan?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi,IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, berita baik. Berdasarkan notis dari Life Insurance Association of…