fbpx

10 Tahun Bayar Hutang Rumah, Baki Pokok Hanya Kurang RM2,000! (2)

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 568Words
  • 678Views

Kisah seorang rakan yang berkongsi di FB beliau beberapa tahun lepas. Selepas 10 tahun, baki pokok hutang rumah hanya berkurangan RM2,000 sahaja!

10 tahun bayar hutang rumah dengan ansuran RM600 sebulan, hutang bank hanya berkurangan dari RM139,000 ke RM137,000 sahaja.

Berkurangan RM2,000 sahaja dalam masa 10 tahun walaupun dah bayar sebanyak RM 70,000!

Bermakna, hanya RM2,000 sahaja bayar pokok dan RM68,000 bayar profit (disebut “interest” jika konvensional) dalam tempoh tersebut. (Rujuk gambar di bawah)

Saya bersimpati atas apa yang berlaku. Perkara ini beberapa kali saya kongsikan.

Rujuk juga posting semalam, kajian kes tentang perkara ini di sini

Ada 2 perkara penting yang perlu diberi perhatian.

1. Cara untuk mengurangkan baki pokok
2. Cara untuk memastikan coverage takaful mencukupi.

Kita pergi satu-persatu

PERTAMA: Cara untuk mengurangkan baki pokok

Untuk mengurangkan baki pokok, perlu buat bayaran ke atas baki pokok, bukan hanya semata-mata buat bayaran lebihan. Sebab, jika hanya buat bayaran lebihan, bank akan anggap ia sebagai bayaran advance sahaja dan bukan untuk bayar pokok.

Contohnya sekarang OPR sudah diturunkan, menyebabkan kadar keuntungan bank jadi rendah. Jadi, jika kita kekalkan bayaran ansuran sebelum OPR turun, kita boleh request dengan bank supaya ia dijadikan bayaran ke atas baki pokok.

Contoh, ansuran sebelum ini adalah RM1,200 dan selepas OPR turun ia jadi RM1,000. Sebaiknya kita kekal bayaran RM1,200 dengan lebihan RM200 itu digunakan untuk membayar baki pokok hutang kita.

Tambahan pula sekarang ini apabila rata-rata mengambil peluang untuk moratorium, lagi banyak hutang yang ditanggung.

Jika anda mengambil moratorium, bermakna baki pokok anda tidak berkurangan dan kemungkinan keuntungan atau interest bank bertambah.

KEDUA: Cara untuk memastikan coverage takaful mencukupi.

Pengalaman saya berjumpa dengan pelanggan yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan MRTT dan MLTT, majoriti mereka 90% biasa akan berlaku situasi berikut:

1. Coverage MRTT tidak sama dengan jumlah hutang. Contoh, jumlah hutang RM600,000 tapi coverage MRTT hanya RM500,000
atau

2. Coverage mencukupi, tapi tempoh pula tak mencukupi. Contoh, tempoh hutang 30 tahun, tapi tempoh MRTT hanyalah 18 tahun.

Ia bukan bermaksud MRTT tak bagus. MRTT bagus sebab ia bayaran sekali gus dan coverage terus berjalan hingga hujung tempoh polisi.

Jika berlaku situasi di atas, apa yang perlu dibuat ialah langgan polisi tambahan untuk memastikan coverage mencukupi.

Boleh langgan polisi term takaful, dengan hanyar sumbangan RM40++ sebulan dengan tambahan manfaat RM200K jika usia 30 tahun.

Klik di sini

UPDATE: Komen daripada Sdra Khairul Ezuwan Yusoff di ruangan komen posting ini:

1. Cuba cek ni Loan conventional atau Islamic Financing . Saya agak conventional .

2.Siapa buat Finance masa tahun 2009 ni, masa ni BLR pada tahap terendah . Kalau orang yang buat Finance tahun 2010 -2011 masa ni BLR dah start naik semula . Mostly dapat new rate BLR – 2.4 = 6.6 – 2.4 = 4.2% . Masa BLR pada tahap terendah 2008-2009 dulu BLR pada paras 5.55%. Bank Just offer BLR – 1.35= 4.2% . Tetapi bila BLR naik , effective rate juga naik jadi 5.3% . Kalau conventional , instalment tak naik , boleh maintain bayar instalment sama dengan masa buat dulu . Oleh itu apa yang dibayar tidak effect kepada principal , hanya pada interest .

3.Bayaran sepatutnya dibuat mengikut rate baru selepas tahun 2010 tu (Selepas BLR naik) adalah RM770 , kalau bayar RM600++ ni , hanya bayar kos pada interest , mungkin hanya sentuh beberapa puluh ringgit sebulan pada principal . Sebab tu hari ni selepas lebih 10 tahun principal hanya berkurang RM2,000 .

4.Bila berlaku kenaikan ni , langkah yang perlu kita ambil adalah
i) revise kita punya instalment ikut rate baru selepas BLR naik .
ii) request pada bank secara personal untuk kurangkan Effective rate . (Bank akan letak condition baru jika diluluskan)
iii) Refinancing ke bank lain

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai pula tag saya di status PU Syed ini. Tapi…