fbpx

Mana Pergi Sumbangan Yang Diberikan

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 428Words
  • 386Views

Dipetik dari FB Syafiq Raif

Kisah benar.

(Disclaimer awal: Kisah ini bukan untuk aibkan sesiapa. Tetapi lebih untuk beri pengajaran pada kita tentang pengurusan kewangan yang betul)

Cerita ini saya dapat dari ibu mertua saya.
Seorang anak kepada kenalan ibu mertua saya telah diberhentikan kerja semasa musim PKP.

Ibu tunggal dengan 3 orang anak.

Serta merta sumber kewangan mereka terputus. Kehidupan jadi susah, terputus bekalan makanan. Sewa rumah, bil api, bil air masih perlu dibayar.

Bantuan dipohon.

Dengan kuasa media sosial dan sifat pemurah rakyat Malaysia, sumbangan untuk mereka sekeluarga berjaya diperolehi.

Jumlah yang cukup besar saya kira.

Beras sahaja dekat 75 kg!
Belum masuk lagi barangan dapur lain dan sumbangan wang dalam akaun bank.

Saya anggap masalah keluarga ini tadi selesai.

Dua minggu sebelum raya, saya dapat cerita baru. Tentang keluarga tadi.

Katanya perlukan bantuan lagi untuk persiapan raya.

Aik, saya jadi hairan. Rasanya jumlah sumbangan yang diterima waktu awal PKP tempoh hari lebih dari mencukupi.

Bila diselidik, rupanya semua wang sumbangan tempoh hari habis dibelanjakan.

Ibu tadi jadi terlalu boros bila dapat wang yang banyak.

Susu anak dibeli yang paling mahal.
Daging salai berharga puluhan ringgit dibeli buat santapan.
Kalau dulu rawatan anak di Klinik Kerajaan, sudah mula ke Klinik Swasta.
Bil cecah ratusan ringgit.

Akhirnya, semua duit yang diperoleh dari sumbangan orang ramai habis.

Kesimpulan dari kisah ini, bukanlah saya nak banding bezakan antara orang kaya atau miskin, berharta atau tidak berharta.

Tapi tentang mindset dan pengurusan kewangan itu yang penting.

Siapa yang pernah dengar kisah dari Tuan Afyan Mat Rawi pasti pernah dengar tentang kisah peneroka Felda Senayan dan jutawan dari Thailand.

Bagaimana jutawan yang dahulunya kaya, jatuh bangkrap dek kerana kegawatab ekonomi 1997/98, kini kembali jadi jutawan hasil perniagaan sandwich.

Dan bagaimana peneroka Felda Senayan yang asalnya biasa-biasa, dapat durian runtuh hampir RM1juta dari kerajaan.. selepas 2-3 tahun kembali jadi orang biasa.

Orang yang kaya (kebanyakan) bukan asalnya mereka lahir dari keluarga kaya. Tapi dengan mindset, strategi dan pengurusan yang betul menjadikan mereka itu kaya.

Jadi di sini, saya ingin kongsikan satu bacaan yang cukup bagus buat kita semua.

Ebook #SeminarBMW tentang Pengurusan & Perancangan Kewangan. Bagaimana kita boleh uruskan kewangan kita dengan bijak.

 

Dalam e-book ini, pelbagai ilmu kewangan boleh kita perolehi seperti :

cara menyimpan yang betul
cara lindungi harta kita
cara kembangkan kewangan kita
cara pengurusan kewangan kita sesudah kita tiada

Dan banyak lagi..

Dengan hanya RM97, anda boleh dapatkan 30 Tips Praktikal Perancangan Kewangan (BONUS: 17 Video) untuk menguruskan kewangan anda dengan bijak.

Bagi yang mahukan, boleh klik link berikut

eSeminarBMW

Saya sudah, anda bila lagi?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
E-learning 1. Rakam video 2. Tulis ebook, proof reading, layout…