fbpx

Bayar Mahal Tapi Lindung Sikit

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 159Words
  • 455Views

Bila sebut Income Protection Plan, ejen sendiri perlu jelas berapa sebenarnya INCOME yang nak di-protect.

Kalau setakat quote RM250k bagi pampasan Death/TPD sahaja tidak memadai.

Soalan yang perlu dijawab:

1. Berapa INCOME yang dapat dilindungi dengan pampasan RM250k ini?

2. Berapa tahun tunai pampasan yang dapat itu baru habis?

Bagi kes, pampasan RM250k ini biasanya gaji yang dapat dilindungi hanyalah RM2,000 sahaja selama 10 tahun.

Jadi adakah berbaloi bagi seorang bergaji RM2,000 perlu membayar sehingga RM646 sebulan untuk cover pendapatannya?

Kerana itu nak mengajar Income Protection perlu ada ilmu.

Nota: Saya tahu ini adalah produk term 5 tahun. Bayar selama 5 tahun sahaja.

Tetapi persoalannya, adakah berbaloi bayar RM646 sebulan untuk cover pendapatan RM2,000?

Hampir separuh gaji hilang pada takaful sahaja.

Itupun tak masuk bab pampasan sakit kritikal lagi. Jika tiada pampasan Critical Illness, maksudnya akan kehilangan sumber pendapatan bila tidak mampu bekerja kerana sakit.

Sanggupkah kau sebagai ejen bagi quotation begini kepada klien?

Bayar mahal tapi lindung sikit.

-ADMIN-

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Takaful / Insurans dan Pelaburan Produk takaful adalah untuk perlindungan…