fbpx

Beberapa Konteks Wasiat Yang Perlu Kita Ketahui

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 214Words
  • 950Views

Perkataan wasiat, selalunya ada beberapa konteks yang berbeza tapi saling berkaitan

1. Wasiat pemberian harta pusaka.

Ia hanya boleh dilakukan kepada bukan ahli waris sahaja dan tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah pusaka dan wajib dilaksanakan.

Manakala jika kepada ahli waris, ia tertakluk kepada persetujuan selllllluuuuruuuuh ahli waris faraid untuk dilaksanakan.

2. Wasiat pesanan kepada ahli-ahli waris.

Ia merujuk kepada pesanan-pesanan umum yang tidak semestinya berkaitan dengan hatta pusaka.

Contohnya nasihat supaya anak-anak, adik- beradik untuk berbaik-baik

3. Wasiat pelantikan wasi yang sekaligus menjadi pentadbir harta pusaka.

Ia bertujuan untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah tinggi bagi tujuan pentadbiran harta pusaka.

Penama wasi akan diberi surat kuasa oleh mahkamah untuk mengurus dan mentadbir harta pusaka.

————————————–

Anda dah buat wasiat, yang mana satu?

 

Berminat untuk mendapatkan konsultansi Pusaka ? Sila isi borang dibawah

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berita di akhbar Berita Harian ruangan hartanah, semalam. Gambar dari FB Tuan Norajian…