fbpx

Belajar Dari Pn Ainon

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 275Words
  • 484Views

Tadi baca posting Bonda Guru Pn Puan Ainon Mohd, terus saya terkenang diri sendiri dari zaman muda hingga ke hari ini.

Saya follow ilmu-ilmu mahal Puan Ainon Mohd sejak dari umur 16 – 17 tahun, ketika di sekolah menengah.

Waktu itu, dalam Program Asrama Cemerlang didedahkan buku-buku teknik berfikir karangan beliau yang diinspirasi daripada Edward de’Bono, yang mempopularkan kaedah “lateral thinking”.

Kemudian, pada usia 25 – 27 tahun dengan tak disangka-sangka direzekikan berguru face to face, pada tahun-tahun pertama syarikat penerbitan PTS Publication ditubuhkan.

Waktu tu belum ada FB lagi. Saya ikuti ilmu penulisan yang beliau kendalikan. Ramai rakan-rakan yang satu batch dan batch selepas saya dah hasilkan buku di PTS. Saya sahaja yang belum ada rezeki. Huhu

Kemudian pada usia 33 – 34, secara tak sengaja terjebak dalam komplot ABS Ainon Business School yang beliau tubuhkan. Beliau lantik saya sebagai ketua chapter. Tak mampu saya nak tolak.

Sempat belajar dan mengutip ilmu-ilmu mahal beliau sepanjang berada dalam ABS. Banyak tulisan-tulisan beliau menjadi inspirasi bisnes saya walaupun tak kekal bersama ABS.

Tadi terbaca tulisan ini, apa yang beliau tulis itu tepat apa yang saya alami dari usia muda hingga hari ini. Ikat perut, pakai baju bundle, naik motor kapchai – sebiji-sebiji apa yang saya alami dahulu.

Ilmu-ilmu mahal beliau berkenaan pemikiran lateral thinking, teknik penulisan, dan ilmu bisnes – banyak dah saya apply dah apa yang ditulis itu sudah saya kecapi. Cuma kini umur belum sampai umur 45 dan belum ada drebar cantik 😝

Terima kasih dan halalkan ilmu-ilmu ini Puan Bonda Guru. Moga Allah rahmati dunia akhirat.

Soalan: Teka berapa umur saya? 😆

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad   Takaful untuk orang…