Belajar seni berbincang
Perkara yang paling payah nak buat bila dalam konflik rumahtangga adalah berbincang…
Kenapa?
Mungkin sebab…
Takut jadi makin marah
Jadi makin sakit hati
Hanya nak cari salah je, bukan cari solusi
Bukan ada perubahan pun
Buang masa
Asyik ulang hal yang sama
Apabila perkara ni berlaku dalam rumahtangga, maka ramai pasangan akan elakkan perbincangan.
“Aaah.. biarlah. Malas nak fikir, nanti eloklah sendiri”
Soalan saya betul ke?
Mungkin pada mulanya salah seorang berusaha nak baiki keadaan maka macam-macam cara dibuat untuk pujuk pasangan termasuklah ajak berbincang.
Tapi kalau dah semua usaha tak jalan, asyik di’reject’ je, maka bermulalah episod ‘silent treament’ dalam rumahtangga.
Sebab tu wujud suasana..
Lebih baik diam dari bercakap
Lebih baik main handphone dari mengadap
Bila berdua tak tahu nak cakap apa
Rasa lebih best kat luar berbanding balik rumah
Langsung tak bersentuhan dah
Rumah hanya tempat tidur
Keadaan ni tak best. Tapi siapa nak mula dulu untuk perbaiki?
Masa ni PERBINCANGAN adalah sangat penting. Tapi bukan saya yang akan mulakan.
Maka drama makan hati sepanjang rumahtangga akan bermula.
Kes macam ni bukan hanya melibatkan pasangan muda sahaja tetapi berlaku juga pada pasangan yang sudah lama berkahwin.
Sebab tu ada yang dah 25 tahun kahwin akhirnya cerai kerana nak mencari bahagia dihujung usia.
Maka belajarlah seni berbincang. Perbaikilah kaedah berbincang. Jadikan perbincangan solusi pantas konflik kecil.
InsyaAllah bahagia.
Sebab tu saya tulis ebook SENI BERBINCANG kerana inilah ilmu mengurus konflik rumahtangga paling penting.

InsyaAllah dapat bantu ramai pasangan tambah ilmu.
Wallahu aalam
Fadzli Aziz
Ebook Seni Bincang

Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran