Belanjawan Peribadi Yang Menggunakan Model INFAQ

Dalam membicarakan dan membawang tentang belanjawan negara, jangan lupakan belanjawan diri sendiri.

Ini adalah BELANJAWAN PERIBADI yang menggunakan model INFAQ (Intelligent & Financial Quotient)

Dalam model ini, pendapatan dibahagikan kepada beberapa bahagian;

✔️30% Perbelanjaan isi rumah
✔️30% Pembayaran hutang
✔️30% Lebihan
✔️5% Pemberian
✔️5% Lain-lain
TOTAL 💯

——————————

1. 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH spt sewa, petrol, makan, minum dll

2. 30% PEMBAYARAN HUTANG-HUTANG spt hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dll
Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dgn maksima 60%, atau 65% termasuk ekstra 5% item lain-lain.

3. 30% LEBIHAN

Lebihan pula dibahagikan kpd 3:

✔️Simpanan 10%
✔️Perlindungan 10%
✔️Pelaburan 10%

– 3.1) SIMPANAN (10%).
Instrumen simpanan mestilah:

a) Tiada caj & risiko
b) Mudah cair

Kenapa perlu 2 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Atas dasar itu, dahulu saya selalu cadangkan Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 6% setahun dan ditolak zakat. Tapi sekarang mungkin alternatifnya ialah ASB tapi ia terhad RM200,000 sahaja dan belum ditolak zakat.

Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

– 3.2 PERLINDUNGAN (10%),
Melalui takaful.

Perkara yg perlu dilindungi ialah:

a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal, atau 3D.

3D= Death, Disable, Disease.

– 3.3 PELABURAN (10%),
Ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.

Pelaburan, melalui kaedah:

a) Peningkatan nilai modal, dan
b) Pendapatan pasif

Tujuan pelaburan ada 3 perkara utama:

a) Persaraan

b) Pendidikan anak-anak (ramai yg tersilap langkah menggunakan takaful sebagai instrumen utk pendidikan anak-anak)

c) Menunaikan haji (boleh kombinasi dengan SIMPANAN di Tabung Haji, tapi bukan menggunakan produk takaful haji yg banyak di pasaran)

4. 5% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.

5. 5% LAIN-LAIN, ini sebagai peruntukan kecemasan untuk item ni no 1 & 2 iaitu PERBELANJAAN ISI RUMAH & PEMBAYARAN HUTANG PIUTANG

NOTA:

1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT Quotient (IQ) & FINANCIAL QUOTIENT (FQ) dan perkataan INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.

2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60% atau maksima 65% termasuk peruntukan “lain-lain”

3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.

4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Utk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.

5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG-PIUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

6. Model ini sesuai untuk golongan M40 dan B40.

7. Ini adalah sebahagian daripada modul di #SeminarBMW

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com