fbpx

Beli Kereta Juga Perlu Ada Perancangan

Artikel dari FB Tn Norajian Kamarudin ini menceritakan beberapa tips sebelum membeli kereta.

Kalau ikutkan statistik punca muflis yang paling besar ialah akibat pinjaman kenderaan.

Sebahagian besar yang terperangkap dengan masalah ini adalah golongan belia.

Memang kebanyakannya bila start kerja, target pertama ialah nak beli kereta.

Kalau tengok kepada gaji bulanan memang mampu nak bayar instalment setiap bulan.

Tapi, biasanya tak ramai yang kira sekali kos2 lain yang tersembunyi. Kos2 untuk petrol, tol, parking.

Lepas setahun ada pula kos2 untuk insurans, cukai jalan, kos2 penyelenggaraan, tukar tayar dan sebagainya.

Semakin lama kos penyelenggaraan semakin naik sedangkan hutang masih lama lagi biasanya antara 7 ke 9 tahun.

Nak beli kereta tak salah pon. Nanti ada pulak kawan2 saya yang marah. Ramai jugak rakan2 saya salesman kereta.

Yang salah ialah membeli di luar kemampuan.

Tips kalau nak tau berapa bajet yang sesuai dengan income kita mudah sahaja. ( tak sama dengan bajet kiraan institusi kewangan ya).

Pertamanya bayaran bulanan kereta tu tak lebih 10% dari gaji bulanan. Kalau gaji RM3,000 maka bayaran bulanannya RM300 sahaja

Atau pon boleh juga beli kereta yang harganya bersamaan dengan setahun gaji. Kalau gaji RM3,000 maka kereta yang sepadan ialah yang berharga RM36,000.

Ada kah kereta yang harga macam tu?
Ada. Cuba cek dekat mudah ke atau carlist mesti ada.

Kalau nak cari kereta second hand, cari lah dengan berhati2. Ajak rakan yang tahu tentang kereta atau dapatkan nasihat pomen.

Jangan lah beli kereta secondhand yang dah nak roboh memanglah cari penyakit.

Sesekali kereta second ni memang akan rosak tepi bukanlah setiap bulan. Maklumlah kereta lama bila sampai masa kiraannya mesti ada yang perlu ditukar.

Kalau nak pomen kereta yang power dan tak sembelih orang boleh PM, saya boleh tunjukkan tempatnya. Gerenti puas hati dan berbaloi.

Norajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

#financialplanning
#muflis
#cashflow

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com