fbpx

Belum tentu jika tak ada duit, kaki shopping tak bershopping

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 154Words
  • 361Views

Kurang tepat. Belum tentu jika tak ada duit, kaki shopping tak bershopping.

Sebenarnya kalau tak ada duit pun, kaki shopping masih boleh bershopping.

Ia berkaitan dengan mindset dan habit. Ada duit, mereka shopping dengan cara ada duit. Tak ada duit mereka shopping dengan cara tak ada duit.

Kalau tak ada duit, masih boleh guna kad kredit. Tambah pula sekarang kita ada skim BNPL “buy now pay later”.

Orang yang kaki shopping tetap akan bershopping walaupun tak ada duit.

Sama dengan perumpamaan “wang punca kejahatan”. Sebenarnya wang bukan sahaja punca kejahatan, wang juga punca kebaikan.

Dengan banyak wang, akan menyerlahkan lagi kejahatan atau kebaikan seseorang.

Orang jahat tetap jahat sekalipun ada banyak atau sikit wang. Makin banyak wang, makin banyak kejahatan dia mampu lakukan.

Begitu juga dengan orang baik. Sama ada sikit atau banyak wang, mereka akan lakukan kebaikan. Lebih banyak wang, lebih banyak kebaikan yang dapat dilakukan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" merupakan mesej yang tersirat…