Benarkah medical card non-deductible sudah tiada?

  • 2Minutes
  • 205Words
  • 8Views

Tiba-tiba keluar memori setahun lepas.

Masa itu kecoh apabila ejen-ejen takaful daripada satu dua kompeni besar mendakwa kononnya Bank Negara Malaysia sudah keluarkan arahan supaya tiada lagi medical card non-deductible di pasaran.

Mereka ingat apabila kompeni besar mereka tamatkan plan non-deductible, maka kompeni lain pun akan ikut langkah yang sama.

Malah ada juga FAR yang keluarkan kenyataan sama. Rupa-rupanya salah sama sekali.

Alhamdulillah, selepas setahun berlalu, plan medical card non-deductible masih wujud di Malaysia.

Situasinya sama macam 10 tahun lepas apabila ada kompeni besar tamatkan plan elaun hospital.

Waktu itu juga ada ejen-ejen mendakwa semua kompeni akan ikut tamatkan plan elaun hospital.

Mereka sangka apabila kompeni besar macam kompeni mereka lakukan, maka kompeni kecil lain akan berlaku juga.

Walhal sebenarnya setiap kompeni ada track record claim dan tabung tabarruk yang berbeza-beza. Ada banyak faktor sesuatu produk muncul dan ada juga faktor ia ditamatkan.

Rujuk dua gambar terakhir tulisan 10 tahun lepas.

Alhamdulillah, selepas 10 tahun, plan elaun hospital masih kekal ada di pasaran.

Ada yang sangka plan elaun hospital ni mahal, sebenarnya tidak.

Sumbangan bulanan tak sampai RM100 pun boleh dapat manfaat RM300 elaun hospital.

Paling menarik, manfaat ini masuk ke poket klien, bukan macam medical card yang dibayar terus ke hospital.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Terbaca tulisan Tuan Hafiy Hazmi membandingkan pembelian kereta baru dengan…