Tips : Apa Perlu Dibuat Ketika Kenderaan Merempuh Banjir

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:109Views

Tak sampai setahun lepas, kereta saya pernah tersadai selama sebulan di workshop untuk tukar enjin, akibat dimasuki air ketika banjir.

Kos servis dan alat ganti bersamaan beberapa bulan ansuran kereta dan ia bukanlah murah.

Harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit pengalaman ini sempena musim banjir kali ini.

1. Setiap kereta berbeza-beza ketinggian dan kemampuan merempuh banjir.. Jangan nampak kereta lain beejaya tempuh banjir, kita anggap kereta kita boleh lalu. Masa insiden saya tempoh hari, nampak kereta di hadapan saya berjaya lalu dengan baik melepasi jalan banjir. Tapi apabila saya lalu, tersangkut.

2. Jika lalu di kawasan banjir, jangan bawa laju. Bawa perlahan dan sekata. Ketika insiden saya tempoh hari, saya bawa agak laju menyebabkan air masuk ke enjin.

3. Jika enjin tiba-tiba mati di dalam banjir, JANGAN START ENJIN! Ini paling penting supaya tidak perlu overhaul.
Masa saya kena, kesilapan besar saya ialah start enjin berkali-kali kerana cemas. Selepas berkali-kali start enjin dan gagal barulah akal rasional saya terfikir untuk Google. Rupanya ada banyak tip dikongsi tentang perkara ini, tapi semuanya sudah terlambat….

4. Jika ada bajet lebih, boleh langgan tambahan coverage takaful untuk banjir. Ketika insiden berlaku, dalam musim PKP dan saya terlepas pandang untuk renew takaful. Sudah jatuh, ditimpa tangga…

5. Untuk towing ke bengkel berdekatan boleh semak dengan syarikat takaful yang selalu ada menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Ia termasuk apa jua sebab dan tidak semestinya akibat banjir.

6. Penting adanya wang simpanan kecemasan minima 3 bulan gaji untuk menghadapi situasi sebegini. Dalam kes saya, kos overhaul lebih daripada 4 bulan ansuran.

Semoga Allah permudahkan urusan rakan-rakan yang mengalami banjir dan dapat gantikan yang lebih baik.

Gambar hiasan kereta sebenar.

Nak renew takaful kereta bersama tambahan coverage banjir?
Klik di sini atau wasap di sini

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Malaysia pernah mengalami banjir teruk sehingga Perdana Menteri ketika itu,…