Benarkah Nak Berjaya, Kena Ikut Cara Orang Berjaya

Image may contain: 2 people, text and food

Kata orang, kalau nak berjaya, kena ikut cara orang berjaya.

Ayat ni selalu diungkapkan pakar motivasi. Kadang kala diungkapkan oleh leader-leader bisnes netrworking seperti MLM, takaful, unit trust dan lain-lain.

Benarkah ungkapan tersebut?

Ada benar, tapi ada yang kurang tepat.

Jika kita ikut 100% pun sebenarnya kita belum tentu berjaya macam orang yang berjaya sebab sebenarnya kita tak cukup buat 100% pun sebenarnya.

Buktinya, boleh tengok dalam group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL 😅

Kita guna resepi yang sama, bahan yang sama, cara masak yang sama, tapi hasilnya tak sama 100‰.

Malah ada yang tak sama langsung.

Ada yang nak buat bentuk kucing, jadi bentuk cipan.

Nak buat roti canai, jadi roti tirai.

Apa sebenarnya yang membezakan? Pengalaman.

Itulah yang membezakan. Jadi, untuk dapat pengalaman yang sama, kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang.

Bak kata pujangga, repetation is mother of learning. Guru segala pembelajaran ialah pengulangan.

Untuk dapat hasil terbaik, kena ulang banyak kali. Ramai yang gagal bukan sebab tak tahu cara untuk berjaya, tapi tak tahan untuk mengulang ilmu untuk berjaya.

Ambil resepi dari internet, expect dapat jadi Chef.
Baru belajar ilmu saham, expect boleh jadi jutawan.
Takkan kahwin hari ini, dapat anak esok? Eh?

Saya teringat kata-kata Bruce Lee kalau tak silap (kalau salah tolong betulkan);

“Aku tak gentar untuk berhadapan dengan orang yang bejalar seribu jurus. Tapi aku sangat berhati-hati apabila berhadapan dengan orang yang belajar satu jurus seribu kali”. Aww kama qaaal.

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com