Benarkah Untung Berlebihan Jadi Haram?
Adakah Islam melarang menjual harga yang tinggi?
Adakah menjual dengan harga yang lebih itu dikira riba?
Apakah hukum menjual barangan berkali-kali ganda?
Ayat Quran yang diberikan dalam komen di atas, adalah larangan berlaku zalim dengan memakan harta orang lain secara batil, tapi bukan larangan meletakkan harga.
Setakat ilmu saya yang cetek dalam bidang muamalat Islam, setahu saya, tidak ada sebarang hadith dan ayat Quran menetapkan harga barang sebegitu
Ada satu hadith tentang urusniaga seorang sahabat Rasulullah bernama Urwah, membeli 2 ekor kambing dengan harga 1 dinar. Kemudian Urwah menjual balik salah seekor kambing dengan harga 1 dinar.
Sumber: Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1275
Hadith ini selalu digunakan oleh rakan-rakan baru geng-geng yang mempromosi emas 😁
Di sebalik hadith ini, menunjukkan Nabi Muhammad memperakui kebijaksanaan Urwah. Modal 1 dinar beliau dapat membeli 2 ekor kambing.
Bermakna, harga kos seekor kambing adalah setengah dinar.
Kemudian, salah seekor kambing dijual dengan harga 1 dinar! Apa maksudnya? Maksudnya berdasarkan hadith di atas, untung 100% daripada modal!! WOW!!!
Nabi Muhammad langsung tidak melarang urusniaga tersebut.
Islam itu mudah. Islam menjaga hak penjual dan pembeli.
- Hak penjual untuk meletakkan harga berapa yang dia mahukan.
- Hak pembeli pula untuk membeli atau pun tidak dengan mana-mana pembeli.
Simple kan? Nak letak harga berapa, letaklah. Tapi bukan semua orang wajib beli.
Bagi pembeli pula, kalau rasa mahal, tak perlu beli. Simple kan?
Secara umumnya konsep ini terpakai untuk produk bukan kawalan.
Wallahua’lam.
Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi, IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran