Hakikat Bank

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:284Views

HAKIKAT BANK

Bank hanya ada satu produk iaitu HUTANG.

Bank ialah institusi perniagaan, bukan badan kebajikan.

Bank berhutang dengan pendeposit dengan kadar keuntungan atau interest yang rendah, kemudian memberi balik hutang kepada pelanggan dengan kadar yang lebih tinggi.

Bank ibarat seorang rakan yang memberi kita payung ketika cuaca cerah dan meminta balik apabila hujan turun.

Bank ialah kawan ketika senang dan ia boleh menjadi musuh ketika susah.

Bank senang beri pinjam ketika kita senang, tapi susah memberi pinjam ketika kita susah.

Bank sukar untuk meluluskan permohonan hutang ketika kita benar-benar susah. Tapi berderu-deru tawaran datang ketika kita senang.

Bank tidak menyediakan bantuan kewangan untuk orang susah. Bank hanya sediakan bantuan kewangan bagi orang yang senang.

Bank mengajar orang untuk membuat dan menambah hutang, tapi tak pernah bank ajar cara untuk menguruskan hutang dengan baik.

Bank boleh menjadikan kita kaya, dan boleh menjadikan kita miskin dan muflis.

Bank adalah tempat orang kaya menjadi bertambah kaya, dan tempat orang miskin bertambah miskin.

Bank adalah tempat orang kaya mencari duit, dan tempat orang miskin mencari penyakit.

Bank ibarat singa. Jika tidak mahu diterkam, jangan berani-berani pergi kepadanya.

Jadi, belajarlah cara untuk jinakkan singa. Singa kenyang, kita gembira 😁

Marah dan memaki hamun singa tidak menjadikan singa tunduk kepada kita.

Jom belajar jinakkan singa di BijakMerancangWang

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
"Afyan, sekarang bagus ke untuk beli rumah?" Ini pandangan saya…