fbpx

Berani Kerana Benar

  • 8 years ago
  • 4Minutes
  • 627Words
  • 375Views

BERANI KERANA BENAR

Perkara pertama yang saya cari di mahkamah tadi ialah kelibat Ustaz Norsham, namun hampa.

Saya tiba kira-kira jam 8:30 pagi bersama rakan partner saya, Tuan Shakir.

Hanya wakilnya, peguam dari Tetuan Rahmah & Co hadir sebagai plaintif.

Sebutan kes tadi saya hadir sebagai defendan bersama peguam Tuan Azmir Zakaria dan Tuan Akram Hizri

Turut hadir ialah peguam pemerhati dari HartaGuam, Tuan Amir dan Puan Jamuma.

Di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah tadi, peguam defendan memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam defendan sudah memfailkan permohonan pembatalan saman pemula tersebut.

Ia berlangsung kira-kira 30 minit dan akan ada beberapa sesi lagi untuk plaintif memberi justifikasi saman pemula yang dikemukakan.

Akan ada 2 kes berjalan serentak iaitu tindakan saman pemula dari plaintif dan permohonan pembatalan saman pemula oleh defendan.

Walaupun defendan baru sahaja menerima saman pemula pada isnin baru ini, tetapi hari ini peguam defendan terus memfailkan permohonan untuk batalkan saman pemula tersebut.

Selepas sesi tadi, saya tidak sempat berbual lama dengan peguam plaintif jadi tidak banyak yang saya dapat maklumat darinya.

Turut hadir tadi 2 orang pembeli Alfafa yang saya panjangkan mereka kepada HartaGuam untuk memberi bukti dan maklumat kes pelanggaran kontrak perjanjian oleh Alfafa.

Juga ada juga beberapa rakan FB yang sempat berjumpa antaranya Tuan Khairulnawawi seorang REN yang mengikut rapat kes Alfafa ini.

Di mahkamah tadi seperti reunion pula apabila turut berjumpa dengan rakan-rakan yang pernah bersama di Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM dan Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) dahulu 🙂

Antaranya Tuan Ariff Azami seorang peguam kriminal dan senior saya, Tuan Najmi Dawami yang juga senior saya di UIAM, Tuan Faizi bekas debator di UIAM dahulu, Tuan Firdaus juga rakan di UIA, Tuan Tajuddin yang pernah bersama dalam JUHAM dan lain-lain yang mungkin tidak sempat saya cam dan rakamkan di sini.

Walaupun pun pernah belajar mengambil jurusan perundangan tapi ia sudah berkarat lantaran 13 tahun meninggalkan bidang tersebut. Aduh….

Banyak juga istilah-istilah perundangan yang sudah lama tidak dengar, cuba saya recall tadi.

Di lobi mahkamah dan kemudian disambung ke kafe mahkamah, pasukan defendan ditemuramah oleh pemberita dari The Star yang membuat rakaman sidang media ringkas tadi. Defendan, peguam defendan dan peguam pemerhati turut memberikan ulasan.

Rakaman penuh dibuat di sidang media oleh Tuan Firdaus, videografer The Star dan kemudian sesi diskusi lanjut dan temuramah bersama wartawan senior The Star.

Beberapa media lain seperti Sinar Harian dan NTV7 berhubung melalui panggilan telefon dengan peguam defendan.

Nantikan beritanya secara ekslusif di The Star dalam masa terdekat.

Sesi perbicaraan akan disambung untuk kedua-dua saman pemula dan strike out saman pemula sepanjang bulan Ogos dan September dan dijangka kemasukan hujah akan diperolehi pada 29 September.

Berbekalkan pengalaman pasukan peguam yang biasa mengendalikan kes sebegini beserta doa rakan-rakan semua yang menbaca tulisan ini, saya mengharapkan ia berjalan dengan baik agar kemenangan berpihak kepada kami.

Terima kasih kepada staf dan rakan ejen dan partner di INFAQ Consultancy yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kes ini. InsyaALLAH nanti malam ini saya kongsikan fast to fast.

Semoga apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada bisnes kalian 🙂

Tidak lupa ucapan terima kasih saya buat semua rakan-rakan yang menghantar mesej melalui FB, whatsapp, telgram, SMS yang menberi sokongan dan ada juga tak sempat saya reply, saya mohon maaf.

Juga tidak lupa kepada group-group wassap dan telegram, rakan group OSA, Rakan group alumni Aikol UIAM, rakan-rakan group DPPG, rakan-rakan alumni HIUIAM, rakan-rakan Pemuda Gombak, rakan UKJBC, rakan group usrah finance, rakan group T01 dll yang saya tidak sempat balas di whatsapp dan telegram group satu persatu. Tolong panjangkan mesej ini ke dalam group kita ya 🙂

Dan yang paling penting ahli keluarga yang sentiasa menyokong saya dari kecil hingga dewasa menjadi penentang scammer. I love you all!

1 2 3 5 6 7 8 9 2

Sekian, semoga ALLAH merahmati kita semua.

Lawan tetap lawan, sampai menang!

Berani kerana benar.

Istiqamah hingga kemenangan.

Afyan Mat Rawi
28 Julai 2016,
Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
By Qishin Tariq qishin.tariq@thestar.com.my The Star Malaysia 29 July 2016…