fbpx

Berapa Yang Anda Perlukan Dalam Sebulan

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 461Words
  • 515Views

Saya perasan ramai juga yang mengeluh melihat grafik ini.

Dan saya memahami perasaan mereka.

Ketika saya grad tahun 2003 (16 tahun lalu), pendapatan pertama saya ialah RM300 sahaja. Hahaha

Melihat grafik ini, saya terkenang pendapatan RM300 bulan pertama pada tahun 2003 sebaik sahaja bergelar graduan dari kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM.

Ya, hanya RM300 Berbanding di dalam grafik ini, RM1,870 adalah jumlah yang sepatutnya bagi orang bujang.

Graduan undang-undang tapi saya tidak memilih untuk menjadi peguam atau kerjaya dalam bidang ini.

Pakai motosikal tapi hanya lesen L.

Jangan tiru aksi ini: Tanpa lesen motor, dan cukai jalan – saya hanya merempit ke sana ke mari. Pernah kemalangan kecil dan pernah disaman.

Ada saman yg saya terlupa bayar sehingga disenarai-hitam, baru saya bayar beberapa tahun lepas. Ini saya berani cerita sebab dah bayar saman. Hoho!

Bahaya? Berisiko? Juga ini pilihan saya, dan saya bertanggung jawab atas pilihan saya.

Tiada tempat tinggal? Saya cari tempat tinggal berhimpit, menumpang (merempat) di markaz dengan bayaran minima RM50 – jumlah yg cukup besar bagi pekerja yg berpendapatan bulan pertama RM300.

Sempit? Ahh, ini pilihan saya. Saya bertanggungjawab atas pilihan ini.

Makan? Beli nasi bungkus saiz XXXXL di waktu pagi untuk dimakan hingga ke tengah hari dan makan malam.

 

Bulan puasa paling gembira, penjimatan 100% – menjelajah dari masjid ke masjid berbuka puasa. Bersahur sekedarnya. Kalau dapat tapau lebihan makanan berbuka di masjid, bersahur dgn nasi. Jika tidak, air suam dan kurma.

Perit? Memang perit, hidup merempat, tempat tinggal berhimpit, bergerak merempit, makan dicatu seorang sedikit – tapi bahagia.

Ya bahagia, sebab ini yg saya pilih.

Dan saya bertanggungjawab atas apa yg saya pilih.

Selepas kahwin pun pendapatan masih tidak stabil. Ketika dapat anak pertama pun masih tidak stabil.

Jika dalam grafik, RM5,730 untuk pasangan suami-isteri yang ada anak seorang, saya dahulu kalau tak silap hanya RM1,000 sahaja.

Alhamdulillah, boleh survive sehingga sekarang, anak dah 5 orang 🙂

Kuncinya ialah usaha, jangan memilih dan jangan banyak bersungut.

Tak perlu bersungut jika gaji kecil. Ia tidak mengubah apa-apa.

Kadang-kadang peluang ada depan mata, tapi kita tak rebut peluang.

Allah takdirkan saya berpeluang menemui bisnes takaful dan kewangan Islam yang saya jalankan hari ini.

Sebenarnya peluang itu dari tahun 2003 lagi selepas grad. tapi hanya saya nampak potensi sebenar selepas masuk anak ke-2.

Saya sangat menyesal kerana lambat. Peluang dari tahun 2003, saya hanya rebut selepas 2009.

Saya join bisnes takaful sejak 2003 tapi hanya jalankan secara serius tahun 2009.

Sangat ralat sebab start lewat. Tolong jangan ulangi kesilapan saya ini.

Sebenarnya posting ini nak cerita pasal peluang bisnes yang saya ceburi ini, bisnes takaful. Siapa berminat boleh PM tepi. Hoho!

Sesiapa berminat boleh isi borang di https://afyan.com/kerjaya-takaful/

#catatanejencabuk
#catatanejencabuk1

Boleh follow hashtag ini utk catatan lain berkaitan.
#notabisnestakaful

Nota di atas adalah yang pertama dalam siri ini.
#notabisnestakaful1

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
ML Studios keluarkan satu video dengan tajuk "Cara Nak Lari Daripada…