Cara Nak Lari Daripada Ejen Insurans

ML Studios keluarkan satu video dengan tajuk “Cara Nak Lari Daripada Ejen Insurans”

Beberapa orang tag saya kat situ, jadi saya tinggalkan komen di sana;

Saya ejen takaful, dan saya ceritakan kaedah sebenar untuk lari dari ejen takaful.

Kaedah di atas tak berapa berkesan kalau kita tak tau yang hubungi kita untuk jumpa tu ejen.

Kalau dah jumpa ejen, boleh gunakan ayat di bawah;

1. “Saya dah kena kanser tahap 3, nak mati esok lusa. Tak layak langgan takaful”

2. “Saya ni memang tak kisah kalau mati. Nanti isteri boleh kahwin lain. Anak boleh tinggal rumah anak yatim.”

3. “Saya tak kisah kalau jatuh sakit, boleh duduk hospital kerajaan. Boleh sakit lama sikit sebab nak masuk hospital kerajaan”

4. “Kalaulah hospital kerajaan kenakan kos juga, sebab kemungkinan itu ada bagi kes-kes tertentu, saya boleh minta derma dekat orang ramai. Ramai rakyat Malaysia yang pemurah”

5. “Saya tak kisah sangat kalau anak isteri saya merempat nanti kalau saya mati tak ada takaful. LAgipun maka ayah saya dulu tak ada takaful juga.

6. “Kalau saya kena penyakit kritikal dan tak mampu bekerja, saya boleh minta bantuan anak isteri saya jaga saya. Kalau mereka tak jaga, saya minta tolong orang kampung”

7. “Saya dah mati. Tak boleh sign up takaful. Yang bercakap ni bukan saya”

Selamat mencuba.

Ada lagi nak tambah senarai di atas? Bagi komen.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk

IKLAN: Siapa rasa nak join bisnes takaful utk jadi ejen dan hadapi rejection di atas, boleh isi borang disini

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com