Berhati-hati beri penerangan medical card: Jangan kelirukan klien

  • 1Minute
  • 188Words
  • 13Views

Buat rakan-rakan ejen Takaful IKHLAS, berhati-hatilah agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan klien dan masyarakat.

Sepanjang 22 tahun saya bersama syarikat ini, belum pernah saya temui mana-mana produk medical card takaful yang benar-benar bebas daripada repricing.

Memang benar, ada pelan medical card Takaful IKHLAS yang tidak mengalami repricing selama 10 tahun, tetapi itu tidak bermaksud tiada kemungkinan ia akan berlaku pada masa hadapan.

Produk berkenaan berlaku repricing pada tahun ke 11.

Ada satu lagi produk medical card baharu yang dilancarkan sekitar 5 tahun lalu, shinggga kini belum berlaku sebarang repricing, sedangkan banyak syarikat lain melaksanakannya hampir setiap tahun.

Namun perlu difahami, keadaan ini bukan jaminan mutlak bahawa kadar sumbangan akan kekal sama selama-lamanya. Ia tidak mengalami repricing kerana tabungan tabarru‘ masih stabil dan kadar tuntutan (claim ratio) masih dalam jangkaan aktuari.

Ketika saya menulis perkongsian ini, saya sedang berusaha menghubungi ejen berkenaan bagi menjernihkan keadaan.

Pada masa yang sama, saya kongsikan peringatan ini sebagai nasihat kepada diri sendiri dan rakan-rakan ejen lain supaya lebih berhati-hati ketika memberi penerangan kepada klien.

Mohon sebarkan pesanan ini demi kebaikan bersama.

Afyan Mat Rawi, IFP
Group Agency Manager
INFAQ Consultancy
Takaful IKHLAS

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Isu kewujudan sebuah pertubuhan yang dinamakan Muslim Choice, tetapi dianggotai…