fbpx

Berhati-Hati Dengan 3 Gelaran Ini

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 118Words
  • 271Views

3 gelaran yang selalunya disalah guna oleh scammer yang untuk membina persepsi palsu;

1. DATO’ – Selalunya gelaran ini untuk membawa imej yang dikaitkan kekayaan dan dihormati. Ia akan memberi persepsi bahawa scammer seorang yang kaya dan dihormati.

2. USTAZ / HAJI – Selalunya gelaran ini digunakan dengan pakej jubah, kopiah atau / dan serban untuk membawa imej agama. Ia akan memberi persepsi kepada mangsa bahawa dia seorang yang faham hukum-hakam dan halal haram dalam Islam, dengan kata-kata keramat “takkanlah ustaz nak menipu”.

3. DR / PROF – Gelaran ini pula untuk memberi imej akademik dan kebijaksanaan. Scammer yang gunakan gelaran ini ingin memberi imej kepada mangsa bahawa dia seorang yang bijak pandai.

Berhati-hati, kawan…

– Bukan Dato’ Ustaz Dr Hj Prof Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, Mecca Fund telah wujud sejak tahun 2013 sebelum…