fbpx

Berhati-hati Dengan Medical Card Ini!

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 399Words
  • 412Views

Susulan daripada kes viral medical card tak dapat claim gagal beberapa hari lepas, ramai yang pelanggan yang meluahkan perasaan tentang pengalaman mereka. Rata-rata komen adalah yang negatif.

Memang begitulah lumrah di media sosial, yang negatif akan lebih cepat viral berbanding yang positif. Kita akui hakikat ini dan ia sebagai peringatan untuk kami yang berada dalam industri takaful.

Ramai juga yang komen dan PM saya bertanyakan tentang produk medical card yang mereka langgan, sama ada perlu teruskan atau tidak.

Jadi, saya senaraikan jenis-jenis medical card yang perlu kalian berjaga-jaga supaya tidak terkejut jika claim reject..

Saya cuba berhati-hati dalam mengeluarkan senarai ini tanpa menyentuh mana-mana brand secara spesifik.

Berikut adalah senarai medical card yang rakan-rakan peru berjaga-jaga kerana ia ada kemungkinan takkan cover kemasukan anda ke hospital.

Jika ada telah melanggan medical card jenis di bawah, please aware.

  1. Medical card & takaful yang masih dalam tempoh menunggu. Selalunya 30 ke 120 hari selepas sign up.
  2. Medical card & takaful yang dah habis tempoh matang.
  3. Medical card & takaful yang masih dalam bentuk quotation
  4. Medical card & takaful yang dah lama tak bayar
  5. Medical card & takaful yang dah lapse
  6. Medical card & takaful yang dah bertangguh lama nak ambil
  7. Medical card & takaful yang orang lain punya
  8. Medical card & takaful anak tapi parent tak ada
  9. Medical card & takaful yang tunggu nak bincang dengan isteri
  10. Medical card & takaful & takaful yang tunggu nak compare dulu dengan kompeni lain
  11. Medical card & takaful yang tiap-tiap bulan tunggu hujung bulan baru nak sign up, tapi apabila hujung bulan kata nak sign up bulan depan dan ia berulang-ulang setiap bulan
  12. Medical card & takaful kompeni lama tapi sekarang dah tak kerja situ
  13. Medical card & takaful yang kita sembang nak ambil tapi bila ejen follow up, kita bagi blue tick
  14. Polisi takaful kereta. Sah-sah la tak ada medical card
  15. Medical card & takaful yang mula-mula tak minat, dah sakit baru minat
  16. Medical card yang dah ditutup disebabkan klausa PWC atau diarahkan tutup oleh pihak berkuasa
  17. Medical card yang dah terminate sebab rasa rugi bayar tapi tak claim, tapi lepas terminate baru dapat penyakit nak masuk hospital.

    .. Medical card & takaful yang…. (Boleh tambah. Komen terbaik saya tambah)

Jadi, tolong semak polisi takaful medical card masing-masing.

Kalau ada lagi jenis medical card yang tak cover, boleh bagi komen.

Komen terbaik saya akan tambah. Hoho!

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFB

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Banyak kali kongsikan bahawa "takaful adalah untuk perlindungan dan bukan…