February 27, 2024
Berhati-hati dengan Pelaburan RPS
Saya dah tulis berkenaan RPS /RPS-I sejak beberapa tahun lepas lagi.
Jika nak melabur dengan mana-mana syarikat yang menawarkan RPS, perlu berhati-hati.
Ia pelaburan yang sah dan ada risiko tertentu.
Tapi jika ada yang tawarkan pulangan tetap tanpa risiko, perlu lebih berhati-hati.
Bukan nak cakap ia automatik scam, tapi perlu berhati-hati.
Berdasarkan undang-undang, minima modal yang diperlukan ialah 250k. Ia bukan untuk semua orang.
Pelaburan RPS khusus untuk pelabur level Sophisticated Investor. Diulangi, ia bukan untuk semua orang.
Pelik juga apabila tahu ada RPS yang dipasarkan dengan modal 50,000. Itu sahaja pun sudah red flag.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran