fbpx

Perbandingan Antara Forex Dengan Kripto

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 255Words
  • 733Views

Geng forex menyangka orang lain seperti mereka, jenis shopping fatwa. Jenis yang memilih fatwa mengikut selera. Sampai ke sudah mempertahankan forex dan mendakwa para alim ulama tak reti bab forex apabila memberi pandangan hukum tentang forex trading.

Kemudian tak puas hati dengan saya yang mempromosi Bitcoin dan Kripto, selepas habis-habisan menentang forex. Berikut saya bandingkan antara forex dengan kripto.

1. Forex sudah difatwakan haram oleh SEMUA majlis fatwa negeri di Malaysia, tapi belum ada lagi fatwa yang mengharamkan Bitcoin dan Kripto.

2. SEMUA alim ulama dalam bidang muamalat menolak forex trading tapi tidak bagi Kripto. Ada pandangan berbeza-beza di kalangan para alim ulama berkenaan Kripto.

3. Fatwa-fatwa di negara-negara Islam lain SEMUA fatwa tentang forex mengharamkan forex online trading. manakala fatwa Bitcin dan Kripto pula berbeza-beza.

4. Forex adalah urusniaga mata wang tunai manakala Kripto bukan mata wang tapi ia adalah aset digital.

5. Forex menggunakan mata wang kertas yang tertakluk kepada hukum hakam pertukaran emas dan matawang, manakala Kripto pula tidak tertakluk kepada hukum matawang apabila ia buan dianggap sebagai matawang.

6. Duit kertas adalah aset fizikal manakala Kripto adalah aset digital.
Kita berada di Malaysia, maka ikutilah para alim ulama di Malaysia. Jika kira berada di Indonesia, maka ikutlah pendapat di sana. Malah jika kita berada di Wakanda, atau Planet Zaragon, maka ikutilah alim ulama di sana.

Bukan macam Geng Forex yang “cherry pick” petik habis semua negeri-negeri dan negara-negara lain kononnya ada fatwa yang mengharuskan forex online trading.

Tapi apabila minta bukti mana fatwa tersebut, sampai ke sudah tak dapat buktikan.

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Akif Radzi https://www.facebook.com/akifradzi.infaq/posts/4892740204077591 MINAT AKAN ‘MEMAKSA’ KITA…