Berhujah Dengan Geng Forex di TikTok
Sejak FB Personal saya kena sekat, saya mula aktif di Tiktok sebelum aktifkan FB Page ini.
Dua tiga hari ni duk layan geng-geng forex kat Tiktok 😅
Boleh tonton di sini – TikTok @afyan.ifp
Ini antara hujah mereka dan jawapan mudah untuk mereka:
Hujah Geng Forex: “Forex trading diharamkan sebab kerajaan tak dapat cukai. Kalau dah ada cukai nanti, automatik jadi halal”
Al-Jawab: Dikenakan cukai atau tidak, bukan penentu sesuatu itu haram atau halal. Arak dan judi pun ada cukai, tapi tetap haram. Insurans konvensional haram, walaupun ada cukai.
Tonton video di sini dan di sini
“Arak, judi memang dah ada dalam Quran dan Hadith. Forex mana ada dalam Quran dan Hadith. Cuba tunjuk ayat Quran dan Hadith kata forex tu haram?”
Al-Jawab: Dadah haram, tapi pernah jumpa ayat Quran dan Hadith kata dadah haram? Tak ada kan? Dadah itu haram dan tak ada lagi geng hisap dadah dan pengedar dadah mendakwa bahawa dadah itu halal, harus dan patuh syariah. Tapi geng forex bagi macam-macam hujah untuk mengatakan forex itu halal, harus dan patuh syariah.
Rujuk video di sini
“Kat Malaysia je yang kata forex haram, tapi dekat negara lain banyak je negara lain yang halalkan forex”
Al-Jawab: Negara mana yang kata forex tu halal?
(Krik, krik…..sampai ke sudah tak jumpa jawapan)
Rujuk video di sini
“Eh, banyak negara di timur tengah yang legalkan forex. Malah negara jiran kita seperti Singapura dan Indonesia, kerajaan mereka legalkan forex la.
Al-jawab: Bro, legal tak bermaksud halal. Kat Malaysia pun arak dan judi legal. Tak menjadikan ia halal.
“Habis tu kenapa kerajaan tak jadikan forex legal?”
Al-jawab: Forex kat Malaysia illegal ke? Akta mana yang kata forex illegal di Malaysia? Berapa ramai dah geng forex kena hukum, kena denda atau masuk penjara disebabkan trading forex?
“Alaaaaaaaaa….. Bank tu buat forex takpe pula?”
Al-Jawab: Bank buat atau tak buat, bukan juga penentu halal haram. Bank pun banyak produk yang haram dan tak patuh syariah.
“Bank Islam pun buat forex la, boleh pula?”
Al-Jawab: Kalau betul geng forex nak buat forex macam perbankan Islam buat, kena ikut 100% apa yang mereka buat. Kena ada pegawai syariah sekurag-kurangnya 3 orang. Kemudian pegawai syariah tu kena hantar laporan kepada penasihat syariah bank. Lepas tu laporan tersebut akan dibuat audit syariah. Dan akhir sekali akan disemak pula oleh penasihat syariah Bank Negara Malaysia. Ada bran?
Tonton video di sini
“Bukan susah pun nak buat semua tu, itu buktinya forex boleh dihalalkan dengan lantik penasihat syariah. Sama macam ASB, dulu haram tapi sekarang dah halal”.
Al-Jawab: Sembang boleh la. Dah berapa tahun forex ada dekat muka bumi Malaysia, bila nak lantik penasihat syariah? Lantik penasihat syariah belum tentu jadi patuh syariah. Lepas lantik kena ikut apa yang penasihat syariah buat. Sama macam dalam perbankan. Perbankan konvensional tetap haram dan tak patuh syariah. Jika mereka nak jadi patuh syariah, kena ubah kontrak-kontrak yang ada mengikut syarat sah forex di sisi syarak. Jadi, forex training yang sedia ada sekarang adalah haram, sehinggalah diubah modus oeprandinya.
Tonton video di sini
“Aku ada hujah paling kukuh. Ustaz XYZ kata forex harus. Jadi, ini perkara khilaf, hormatilah kami yang nak buat forex ni.
Al-jawab: Jika ada Ustaz yang merokok tak menjadikan rokok itu halal. Sama la macam forex.
Tonton video di sini
“Ada satu thesis PHD yang kata forex tu harus”
Al-Jawab: Saya dah baca dah thesis tu. Kesimpulan daripada thesis tersebut adalah supaya diwujudkan broker forex yang mempunyai kepatuhan syariah.
Tonton video di sini
Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)
Ada lagi soalan?
Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!
Afyan Mat Rawi
www.bukuBMW.com <—-Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran