Bila anak tak ditegur, adab pun hilang perlahan-lahan


Saya tulis balik kisah ini.
Pagi itu, sebuah keluarga datang beraya ke rumah penulis.
Ketika mereka sedang makan, anak lelaki dalam lingkungan usia 10 tahun telah menumpahkan air ke atas lantai. Tuan rumah tak marah pun. Mereka hanya ambil kain lap dan bersihkan seperti biasa.
Selesai makan, ketika tetamu mahu beransur pulang, si ibu tuan rumah menghulurkan duit raya kepada anak-anak tetamu.
Sampai kepada budak lelaki yang menumpahkan air tadi, si ibu sempat berseloroh, “Abang tak boleh duit raya sebab tadi tumpahkan air.”
Tanpa diduga, budak itu membalas dengan nada kasar, “Aku pun tak ingin duit mu.”
Tuan rumah terpinga-pinga. Kelu juga dibuatnya.
Si ibu kepada budak itu hanya ketawa sambil memeluk anaknya.
Tidak lama kemudian, budak itu mula menangis.
Melihat keadaan itu, si ibu tuan rumah cuba memujuk, lalu menghulurkan sampul raya sambil berkata, “Nah, abang. Duit raya.”
Budak itu mengambil sampul tersebut, tetapi membalingnya kembali ke arah si ibu sambil terus menangis.
Yang menyedihkan, ibu budak itu masih ketawa, seolah-olah tiada apa yang pelik berlaku.
Akhirnya, si ibu tuan rumah hanya menyerahkan sampul raya itu kepada ibu budak tersebut.
Semuanya terpaku.
Antara anak dan ibu bapa, siapa yang patut dipersalahkan?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran