fbpx

Siapa Di Sebalik FB Khairul Yoi?

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 352Words
  • 1081Views

Saya baru sahaja follow FB Khairul Yoi pada bulan lepas selepas ia disebut oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad di FB beliau.

Membaca tulisan-tulisan FB Khairul Yoi (difahamkan ia disable sekarang), ia mempunyai perjuangan untuk membongkar isu-isu produk kesihatan palsu dalam masyarakat. Mirip page Pseudoscience Watch (PW).

Banyak pembongkaran dilakukan dan banyak juga membantu pembaca membezakan produk-produk kesihatan palsu.

Semalam, terbaca pula tentang FB tersebut di status Tuan Ikram Al-Banjari, tawaran RM21,000++ untuk mendapatkan identiti sebenar pemilik FB berkenaan.

Boleh baca FB beliau untuk dapatkan isu yang berlaku.

Saya baru tahu rupa-rupanya FB tersebut tidak dikenali identitinya. Sama seperti page PW.

Sebelum ini saya sangka nama Khairul Yoi itu mempunyai identiti dan juga seorang doktor. Rupa-rupanya “Unknown”.

Perjuangan yang dilakukan oleh pemilik FB berkenaan, hampir sama apa yang saya lakukan, cuma berbeza bidang.

Saya dalam bidang kewangan, mereka (difahamkan ada lebih 3 admin) dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Sama-sama membongkar scammer. Page KY membongkar scammer produk kesihatan, dan saya pembongkar scammer produk kewangan. (Oh ya, saya dah lama pencen)

Cuma bezanya, saya gunakan FB personal dan diketahui identiti. Orang tahu siapa Afyan Mat Rawi. Orang tahu apa pekerjaan Afyan. Publik tahu di mana pejabat Afyan. Followers pun tahu betapa hensemnya Afyan (ok, ini overclaim).

Berbeza dengan page KY (dan PW) yang tidak diketahui identiti.

Apabila tidak diketahui identiti, maka akan timbul isu kredibiliti dan akan terdedah kepada manipulasi.

Ketika saya membuka page “Neraka Wang” pada 2 tahun lepas, masih saya dedahkan identiti saya sebagai pencetus page berkenaan.

Apabila mempunyi identiti dan diketahui identiti, kita akan bertanggungjawab atas setiap penulisan yang kita siarkan di FB.

Lebih-lebih lagi menulis perkara-perkara yang mencetuskan kontroversi dengan tujuan untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan scam.

Jadi dalam isu ini, saya menyokong usaha KY membongkar scammer produk kesihatan dan dalam masa sama juga menyokong usaha Tuan Ikram untuk membongkar siapa di sebalik KY.

Kalau boleh saya nak mengaku sebagai KY dan dapatkan RM21k yang ditawarkan. Hoho!

UPDATE:
Ibarat macam ni la.

KY ni macam Superman yg menyembunyikan identiti sebenar Clark Kent.

Saya pula macam Black Panther, tak perlu sembunyikan identiti sebenar T’Chaka.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini diambil dari FB Tuan Aiman Zaki Salleh berkenaan…