fbpx

Bila istilah jadi isu: Kesilapan kecil, impak besar

  • 2Minutes
  • 202Words
  • 8Views

Masa mula-mula dihubungi oleh Tuan Shahrul Sabri untuk berkongsi maklumat berkenaan kes hibah takaful kakaknya yang dicabar di mahkamah, beliau turut berikan dokumen-dokumen keputusan dan arahan daripada hakim.

Semasa membaca keputusan Mahkamah Tinggi, saya bersangka baik penggunaan istilah “insurans” oleh hakim untuk memudahkan kefahaman awam, bahasa layman.

Namun begitu, apabila beberapa peguam meminta saya salinan dokumen tersebut dan saya berikan dengan keizinan Tuan Shahrul, barulah kami sedar sesuatu….

Selepas membuat semakan terhadap dokumen hujahan peguam keluarga arwah, kami mendapati bahawa sejak awal lagi mereka telah menggunakan istilah “insurans” dan bukannya “takaful” dalam membuat tuntutan.

Bahkan bermula seawal indeks dokumen hujahan pun sudah disebut “insurans”. Dokumen ini saya perolehi daripada Tuan Nakhaie, seorang peguam.

Rentetan itu, beliau turut menawarkan kesediaan untuk bantu balu arwah kerana mereka melihat ruang besar untuk menang jika kes ini dirayu ke Mahkamah Rayuan.

Saya telah maklumkan perkara ini kepada Sdra Shahrul, dan beliau memaklumkan bahawa kakaknya sudah pun diwakili oleh peguam secara pro-bono.

Alhamdulillah. Kita sama-sama doakan agar keputusan berpihak kepada balu.

Adakah peguam keluarga arwah bersikap misleading di hadapan hakim?

Saya tak berani nak komen lebih-lebih.

Biar mahkamah yang tentukan.

Kalau saya yang komen, nanti kena sembur pula oleh geng-geng peguam 😅

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hibah memang satu instrumen yang bagus dalam pengurusan harta pusaka.…