Bila tuntutan ditolak: Di sebalik realiti yang jarang didedahkan
Saya ikuti kes ini sejak hari pertama ibu tersebut kongsikan kisahnya.
Sebagai ejen dan juga pelanggan takaful, saya rasa sangat simpati dan secara jujurnya, risau.

Kalau perkara ini boleh berlaku kepada beliau, tidak mustahil boleh berlaku kepada saya sendiri atau kepada klien-klien saya.
Malah, saya sendiri pernah menguruskan kes tuntutan yang pada awalnya ditolak. Tetapi selepas semakan dan rayuan, akhirnya diluluskan juga.

Percayalah, proses seperti ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sebagai ejen, sudah tentu kita mahu semua tuntutan diluluskan tanpa masalah.

Namun, hakikatnya ia berada di luar kawalan kami sebagai ejen.
Apabila berlaku kes seperti ini, saya sokong ia diviralkan, selepas usaha secara normal dilakuian sebaiknya.

Kenapa?
Kerana ia boleh menjadi dua perkara penting; pusher dan kesedaran.
Pertama, sebagai pusher untuk mempercepatkan tindakan dan siasatan oleh pihak berkaitan.

Kedua, sebagai kesedaran kepada pelanggan dan ejen supaya lebih bersedia berhadapan dengan kemungkinan yang sama.

Saya tahu, ada ejen yang kurang senang bila kes-kes begini menjadi tular. Kata mereka,
“Tuntutan lulus tidak pula diviralkan, tapi bila kena tolak, cepat sahaja jadi viral.”

Tapi izinkan saya kongsi satu analogi yang saya pelajari kira-kira 20 tahun lalu semasa mengikuti kursus penulisan berita. Zaman itu media sosai masih lagi belum wujud.

Guru saya pernah berkata,
“Kalau manusia digigit anjing, itu bukan berita. Tetapi kalau anjing digigit manusia, itu baru berita.”

Faham maksudnya?
Tuntutan yang diluluskan itu perkara biasa. Memang sepatutnya begitu. Sama seperti orang digigit anjing, tidak mengejutkan.

Tetapi apabila tuntutan ditolak, lebih-lebih lagi jika nampak tidak wajar, itu luar biasa. Seperti anjing digigit manusia, jarang berlaku dan tidak dijangka.

Sebab itu ia mudah menjadi tular.





Afyan Mat Rawi
Ejen takaful cabuk sejak 2003.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran