Kenapa Pihak Syarikat Takaful Nak Buat Siasatan?

Dipetik dari FB Ajian Kamarudin 

Kenapa pihak syarikat takaful nak buat siasatan lagi untuk claim bila meninggal dunia.

Polisi dah berkuat kuasa selama lapan bulan.

Dah lepas semua cooling period.

Maaf tuan-puan, phak syarikat terpaksa buat juga siasatan untuk memberi keadilan kepada semua.

Bayangkanlah peserta baru mencarum rm200 sebulan selama 8 bulan. Iaitu baru berjumlah rm1,600 sedangkan jumlah yang diclaim ialah rm200,000.

Dari mana sebenarnya datang duit sebanyak itu.

Ia adalah duit yang diperolehi hasil dari sumbangan ahli2 yang lain setiap bulan.

Ia bagi memastikan yang pencarum yang meninggal tersebut benar2 sihat dan tidak menyembunyikan sebarang penyakit semasa memohon untuk menyertai takafulnya.

Sebab itu lapuran perubatan dari klinik, hospital dan majikan aruah diperlukan.

Jika ada ketidak telusan semasa menyatakan sejarah kesihatan seorng peserta, ia akan menyebabkan ketidak adilan kepada peserta2 lain yang sihat.

Kebiasaannya jika memang peserta yang meninggal tersebut memang mempunyai rekod kesihatan yang bersih memang claim tersebut akan berjaya.

Cuma ada pihak waris yang tidak dapat bersabar dengan proses tersebut.

Ditambah lagi dengan trend sekarang yang lebih suka meviralkan sesuatu perkara.

Bagi mereka viral dulu, maki dulu…kalau tak betul nanti minta maaf.

Kadang2 tak minta maaf pun tapi buat senyap.. krik…krik..

Kalau memang ada berlaku sejarah perubatan yang disembunyikan maka claim tersebut akan ditolak.

Pihak waris akan cuma mendapat pemulangan semula semua premium yang telah dibayar.

Sebenarnya tidak semua kes akan di siasat. Jadi jangan lah bimbang.
Hanya kes-kes yang meragukan sahaja yang akan dibuat siasatan.

Kena ingat ada contestable period demi untuk keadilan kepada semua.

Jadi, mohon lah takaful smasa sihat.

Jangan bilang abang tak payung.

Ajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

Infografik: unknown
Moga rezeki dan pahala berterusan untuk pelukis illustrasi

#INFAQconsultancy
#IKHLASdariku
#sahabatbc251 #staySafe
#STRIKERSeliteSquad.
#TAKAFULclaim

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com