fbpx

BMF – Sokongan Yang Positif Dari Ahli Panel

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 207Words
  • 335Views

 

Di akhir program Syariah Meja Bulat semalam, saya sungguh gembira dan mengambil positif rakan-rakan panel lain yang mereka sebenarnya memberi pandangan berupa nasihat serta muhasabah kepada kita semua para penggiat kempen “Buy Muslims’ First” #BMF ini.

Ustaz Ali Muda Abu Mishkat sebagai pegawai menteri sendiri mengakui di akhir program, bahawa beliau sokong kempen ini jika ia dibawa dengan cara berhikmah sebagaimana yang saya sebut berulang kali.

Ustaz Rahimi Saad juga bersetuju bahawa kempen ini adalah selari dengar firman Allah bahawasanya orang mukmin itu berukhwah.

Manakala Tuan Peguam Musa Awang pula berpesan supaya para penggiat kempen agar fokus kepada matlamat akhir iaitu untuk membantu ekonomi umat Islam, bukan untuk menjatuhkan.

Rakan-rakan yang terlepas LIVE semalam, jemput tonton rakaman secara langsung rancangan malam tadi.

Difahamkan, tontonan sebanyak 44k view ketika live FB semalam adalah paling tinggi sepanjang 2 musim rancangan ini dan kebetulan malam tadi adalah siaran terakhir untuk musim kedua.

Korang tak tidur ke malam tadi? Hahahah

Tahniah Tuan Ally Iskandar yang menjadi penerbit sekaligus mengendali program ini dengan jayanya 

Boleh jemput lagi untuk musim ketiga nanti 

Akhir kata, mohon maaf kepada para penonton jika ada salah dan silap.

Jemput join group PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA (ڤرستوان ايكونومي مسلم مليسيا) sebagai tanda sokongan kepada #BMF

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berhati-hati, kawan. Ketika live dalam rancangan Syariah Meja Bulat malam tadi saya…