Hati-Hati Ada Yang Menangguk Di Air Keruh Dengan Kehangatan Kempen #BMF.

Berhati-hati, kawan.

Ketika live dalam rancangan Syariah Meja Bulat malam tadi saya ada tegaskan, dalam keadaan sekarang tak mustahil ada yang mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan kehangatan kempen #BMF.

Juga saya tegaskan, jika ada yang masih mempromosi kempen boikot, ia bukan datang daripada penggerak kempen.

Gambar 1 dan 2: Page yang asalnya “Saya Sayang Tun Dr Mahathir” telah ditukar namanya kepada “Kami Sokong BMF, Buy Muslim First”.

 

gambar 1

gambar 2

 

Gambar 3 hingga akhir, sebuah page FB dengan nama “PPIM Selatan” mengeluarkan status berbaur perkauman berhubung restoran Chicken Rice Shop.

Tapi sebenarnya page itu bukan di bawah kendalian oleh PPIM. Ia dinafikan sendiri oleh pegawai PPIM.

Saya tidak mengatakan semua page ini tidak patut kewujudannya atau salah.

Cuma saya berpesan agar kita semua sentiasa berhati-hati.

UPDATE : Page yang ditukar di atas sekarang ialah milik Tuan Khai Isc, rakan FB saya rupanya. Beliau beli page tersebut dari owner lama dan ubah ke page baru sebagai sokongan kempen ini.
Harap maklum.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com