fbpx

Borak & MembaWang, Forex trader di Malaysia, Tuan Mat Duan Takdok dengan topik FOREX TRADING HARAM: Kenapa Saya Masih Jalankan Bisnes FOREX TRADING?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 322Words
  • 428Views

InsyaAllah, kita akan Borak & MembaWang bersama seorang tokoh dan influencer di kalangan komuniti forex trader di Malaysia, Tuan Mat Duan Takdok dengan topik FOREX TRADING HARAM: Kenapa Saya Masih Jalankan Bisnes FOREX TRADING?

Saya sangat berbesar hati kepada beliau yang sudi hadir ke program live saya walaupun selama ini tak pernah berkenalan.

Asalnya saya ingin menjemput beberapa forex trader yang lantang dan selalu mengecam saya di komen. Tapi tak ada seorang pun sanggup. Hanya berani komen sahaja tapi apabila ajak live, tak ada seorang pun yang berani.

Tapi tak mengapa, tak ada rotan akar pun berguna. Sekurang-kurangnya ada juga wakil yang sudi berkongsi mengapa mereka masih teruskan forex trading sekalipun sudah tahu ada fatwa yang mengharamkan forex.

Tapi saya kira akar yang menggantikan akar ini jauh lebih baik daripada rotan yang selalu menempel di FB saya. Yang hanya berani mencabar tapi apabila saya menyahut dan ajak live, terus mengelak dengan pelbagai alasan.

Alhamdulillah, Tuan Mat Duan Takdok bersikap profesional mesej saya secara personal dan menawarkan diri, tanpa perlu menghentam saya di FB. Dan saya pun baru kenal beliau merupakan influencer dan orang lama dalam bidang forex trader.

Orang berbudi, kita berbahasa. Sebagai host program Borak & MembaWang #BorakMembaWang, saya alu-alukan kehadiran beliau sebagai tetamu.

Kita kritik forex, tanpa perlu kita maki hamun kepada forex trader. Mereka tetap saudara seakidah kita. Siapa kita nak menghukum mereka sebelum Allah mencabut nyawa?

InsyaAllah, format kita kekalkan, saya sebagai host dan beliau sebagai panel. Ia bukan sesi debat antara kami, dan beliau bersetuju dengan format ini.

Semoga program ini berjalan lancar tanpa sebarang provokasi. Jika ada yang nak mencadangkan debat, boleh anjurkan dan buat jemputan rasmi. Insya Allah saya akan terima, walaupun saya tak berapa sukakannya.

Jadi, kosongkan slot ini:
Selasa, 29 Mac 2022
Jam 8:30 malam
Hanya di FB dan YouTube Afyan Mat Rawi, IFP
Cekidaud!

Tontot perbincangan yang telah berlangsung di bawah ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended