fbpx

BPN, Suami 2 Isteri Bagaimana?

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 377Words
  • 409Views

Kesian Akak tu. Datang buat rayuan BPN, tapi masih tak dapat.

“Suami ada 2 isteri ya puan? Kalau ikut BPN hanya seorang yang dapat, isteri yang satu lagi dah dapat, sepatutnya puan tak dapatlah”

Tergamam kakak di sebelah saya, “Tapi sebelum ini BSH memang saya dapat, tapi BPN tak dapat”.

Dipetik dari FB Muhammad Hafizuddin MN

BPN, Suami 2 Isteri Bagaimana?

Pelepasan Cukai LHDN

Hari ini saya memaksa diri hadir ke LHDN bagi membuat rayuan BPN kerana saya berstatus tidak layak atas alasan saya/isteri mempunyai syarikat berdaftar.

Setiap sesuatu mesti diusahakan dengan bersungguh².

Jadi saya cetak borang siap² dan isi, buat surat rasmi menyatakan syarikat tersebut berasaskan kebajikan, bukan keuntungan dan nama kami digunakan sahaja, dan saya bawa semua dokumen yang boleh meyakinkan LHDN bahawa saya layak terima BPN😉.

Sampai giliran saya, staf sibuk melayan seorang kakak, mula² seorang staf yang menguruskan, kemudian terpaksa rujuk beberapa staf lain sehingga saya seolah² tidak wujud walaupun kewujudan saya mudah dikesan🤣.

“Suami ada 2 isteri ya puan? Kalau ikut BPN hanya seorang yang dapat, isteri yang satu lagi dah dapat, sepatutnya puan tak dapatlah”

Tergamam kakak di sebelah saya, “Tapi sebelum ini BSH memang saya dapat, tapi BPN tak dapat”.

“BPN dan BSH tak sama puan, BPN ini hanya untuk 1 keluarga, jika kahwin lebih 1 isteri, hanya seorang yang dapat”, jelas staf itu lagi.

Kakak itu kelihatan kecewa, “Hmmm tak ada apa dahlah saya nak tanya macam itu, saya pun tak tahu nak buat apa, memang tak boleh buat rayuan ya?”, kakak itu bangun ingin beredar dengan kelihatan lesu.

Sambil dia ingin bergerak, sempat dia meluah kepada staf, “Itulah anak² ramai makin membesar, duit pun tak cukup”, terus dia berlalu.

Tuan², para suami sekalian, kahwinlah 2 atau 3 atau 4, namun ingat amanah berumah tangga ini dipersoalkan di Akhirat sana, bukan berbangga di dunia semata².

Kalau dah ada 2 keluarga, yang dapat BPN itu, kongsilah.

Jangan disebabkan benda sebegini, kita disekat untuk meneruskan perjalanan ke syurga.

Doakan kakak tadi ya kawan², semoga dia kuat.

Jangan lupa doakan saya sekali lulus BPN, kalau tak lulus pun saya redha, adalah itu Allah mahu beri pengajaran kepada saya.

Kalau tak ada ilmu, carilah ilmu.

Saya pun masih belajar lagi ilmu pengurusan kewangan ini, boleh dapatkan #eSeminarBMW yang disampaikan oleh Tn Afyan Mat Rawi di eSeminarBMW .

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Naskah terbaru dalam pakej e-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW BMW…