fbpx

Buku ini melemahkan semangat saya!

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 503Views

mbisnes-sendiri[1]

Buku ini saya beli pada 26 April 2005 di PWTC ketika Pesta Buku Antaranbangsa Kuala Lumpur pada tahun itu.

Saya beli dengan tujuan menambahkan ilmu berkenaan tentang bidang keusahawanan. Membaca 10 halaman pertama buku ini, ternyata melemahkan semangat saya untuk meneruskan bidang keusahawanan yang saya telah saya ceburi sejak kira-kira setahun lebih ketika itu.

Mana tidaknya, sekurang-kurangnya 80 cerita kisah benar di dalam buku tersebut menceritakan tentang kegagalan-kegagalan dunia bisnes. Bayangkanla, daripada mukasurat pertama membaca buku ini, hingga ke mukasurat akhir menceritakan tentang orang yang bankrap dalam bisnes, bisnes gulung tikar apabila keluarga masuk campur, bisnes tak laku walaupun modal yang besar telah dilaburkan, cerita orang jadi gila bila bisnes bankrap, terpaksa jual rumah untuk mengelakkan dari dikejar bank, 93% bisnes ditutup setelah 3 tahun beroperasi, bisnes dengan orang kaya yang merugikan dan sebagainya. Malah ada cerita hampir mirip-mirip cerita saya; seorang graduan undang-undang yang tidak mahu chambering dan practise! (rujuk mukasurat 17)

Memang menakutkan!

Sekarang buku ini menjadi rujukan sya setiap kali ingin menceburi bisnes baru. Fuhh… nasib baiklah buku ini saya baca selepas hampir dua tahun saya menceburi bidang bisnes. Sekiranya saya baca buku ini sebaik sahaja saya grad, tentu saya sekarang  seorang peguam, atau pegawai kerajaan atau seorang pegawai syarikat swasta.. 🙂

p/s: dengar-dengarnya buku ini tidak laku pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

10 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap bulan dapat gaji tetap.…