Berjaya Bersara Dengan 3 Buah Rumah

Tengok cara orang lama urus duit.

Wak Amir, bekas pekerja kilang panadol dan penyelia stor Telekom Malaysia. Isterinya pula suri rumah sepenuh masa, dan mereka dikurniakan 9 orang anak yang berjaya.

Beliau bersara dengan 3 buah rumah! Wowwww!! 3 buah rumah….. dan sebuah kancil lama.

Ikuti kisah yang diceritakan oleh anaknya.

Dipetik dari FB Ifa Amir

“Hanya Ada Sebuah Kancil Biru, Tapi Miliki 3 Buah Rumah”

Keperibadian sosok seorang lelaki yang tenang dan makin dimamah usia, mendedahkan bagaimana beliau miliki 3 buah rumah.

Bermula dengan pekerja biasa di kilang panadol, Wak Amir kemudian berkhidmat sebagai penyelia stor, Telekom Malaysia.

Dengan isteri yang hanya suri rumah, dan mempunyai 9 orang anak, Wak Amir sangat gigih bekerja siang malam.

Baju kegemaran beliau tak banyak. Seluar kerja apatah lagi. Hanya sehelai dua. Beliau sanggup berkorban demi makan minum dan pendidikan terbaik untuk anak-anak.

Impian sambung belajar dilepaskan hanya untuk kerja overtime. Cari duit lebih untuk menanggung 11 perut di rumah.

Long cut short.

Kini kesembilan anak beliau atleast ada taraf pendidikan diploma. Ada yang kerja swasta, kerajaan dan bekerja sendiri. Alhamdulillah semua berjaya hasil didikan beliau dan isteri.

Wak Amir kini tersenyum puas. Walau hanya ada sebuah kancil yang dah uzur. Beliau miliki 3 buah rumah yang selesa.

Rumah pertama dibeli masa beliau masih bekerja di KL. Rumah kedua masa umur 50 tahun dan rumah ketiga selepas pencen. Semua guna hard earned money beliau.

2 buah rumah di Melaka dan 1 di Bandar Sunway. Betul-betul depan Sunway Pyramid. Bijak sungguh beliau pilih kawasan strategik.

Sebuah rumah beliau diami dan lagi dua anak2 yang duduk. Masyaallah hebat kan? Ramai minta tips Wak Amir urus kewangan dan keluarga.

Kawan-kawan, biar kita tak kaya dan berjaya macam orang lain, sekurang-kurangnya ada rumah yang selesa untuk tidur dan solat berjemaah bersama.

Kalau beliau boleh, kita semua anak muda juga boleh buat lebih baik daripada beliau. Semoga jadi inspirasi kita semua. Inyaallah.

Nota kaki: Oh ya, Wak Amir tu ayah saya yang saya segani dan hormati. 😍

Nak belajar step-by-step urus kewangan bersama tuan Afyan Mat Rawi, klik link ni. eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com