Cadangan untuk KWSP mengambil hutang dengan bank untuk pengeluaran bersasar
Saya terfikir satu idea dan cadangan.
Selama ini, rasional tidak benarkan idea pengeluaran KWSP adalah disebabkan wang dalam tabungan KWSP sudah semakin berkurangan lantaran sudah banyak kali ia dilakukan sejak tahun 2020 dulu.
Personally, rasional tersebut adalah munasabahnya. KWSP sudah ada sasaran pelaburan mereka dengan wang sedia ada dan dalam masa sama, ada unjuran berapa wang yang akan keluar berdasarkan umur pencarum yang bakal bersara setiap tahun.
Jadi dengan pengeluaran bersasar sekali lagi bakal menjejaskan institusi ini merancang strategi pelaburan meraka.
Jadi, wainot kalau KWSP sahaja yang buat hutang dengan bank dan gunakan untuk benarkan pengeluaran bersasar kepada yang betul-betul-betul-betul-betul terdesak.
Cadangan ini seiring dengan rasional tadi. Wang dalam kantung KWSP tidak terusik dan dalam masa sama pencarum-pencarum KWSP yang terdesak tadi tidak perlu menambah hutang baru yang berisiko kepada mereka.
Dalam masa sama juga KWSP boleh teruskan perancangan pelaburan mereka dan keuntungan itu boleh digunakan untuk bayar hutang mereka kepada bank.
Saya kira ia win-win-win-win
1. Duit persaraan KWSP tak terusik.
2. Pencarum tak perlu buat hutang baru. Tak ada risiko CCRIS, CTOS blacklisted dsb.
3. Bank pun dapat keuntungan dan lagi terjamin sebab KWSP yang berhutang.
4. Sokongan kepada kerajaan pun bertambah
Amacam? Ok tak cadangan saya?
Apa pandangan anda?
Afyan Mat Rawi, IFP
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran