Hikmah Yang Tersembunyi di Sebalik Covid-19 dan Moratorium: Beza Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional
Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik Covid-19 dan moratorium ini ialah ramai dah mula nampak perbezaan antara sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional.
Saya sertakan beberapa screnshoot FAQ berkaitan moratorium yang dikeluarkan oleh BNM dan beberapa bank lain.

Bagi produk perbankan konvensional, kadar faedah akan meningkat dan kompoun seiring masa 6 bulan moratorium yang berjalan.
Manakala bagi produk perbankan Islam pula tidak ada kompoun bagi keuntungan bank dalam tempoh tersebut. Baki hutang pokok dan keuntungan bank tetap berjalan seperti biasa, cuma ia tidak dikompaun dan tempoh hutang bertambah 6 bulan.
Apapun, rakan-rakan boleh merujuk kepada bank masing-masing. Setiap bank dan produk, mungkin ada perbezaan praktis untuk moratorium ini.
Sebab ada sebahagian bank konvensional yang membuat keputusan untuk tidak mengenakan kompoun ke atas faedah yang dikenakan.
Apapun, “by default” pembiayaan perbankan konvensional akan dikenakan kompoun, tidak seperti perbankan Islam. Jadi di sini nampak perbezaan yang ketara antara perbankan Islam dan perbankan konvensional.
Jika ada maklumat bank-bank lain boleh kongsikan di ruangan komen.
Ini antara yang sempat saya jumpa dan kongsikan.



Semoga dengan perkongsian ini, ramai-ramai kita sokong perbankan Islam berbanding konvensional.
Memilih yang fardhu itu wajib.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku Bijak Merancang WangRM37.00
www.bukubmw.com
