Cara Hadapi Gaji Lewat
14 Mei 2020.
Hari ini hari gaji kakitangan awam.
Seronok kan? Minggu depan raya. Boleh la belanjan sakan.
Eh, tapi ingat. Ada berita buruk.
Berita buruknya pula ialah, gaji pada bulan berikutnya pula diterima pada 22 Jun 2020, yakni 40 hari selepas gaji diterima pada hari ini.
Ya, 40 hari – hampir 6 minggu, dan melebihi sebulan tempoh tersebut.
Ia merupakan cabaran besar bagi penjawat awam untuk mengurus wang gaji tersebut.
Jadi tulisan ini memberikan beberapa tip dan panduan kepada para penjawat awam untuk menguruskan gaji sebegini, dan ia juga boleh digunakan pada masa-masa akan datang kerana situasi yang sama turut dijadualkan akan berlaku pada bulan Disember bersempena sambutan Krismas.
Saya bahagikan kepada 3;
1. Persediaan mental
2. Sepanjang bulan Ramadhan
3. Persiapan perayaan
1. Persediaan mental dan persiapan awal
Ingat, yang berlaku hanyalah “terima gaji lebih awal”, bukan “terima gaji lebih banyak”. Anda hanya menerima gaji 1 minggu lebih awal, bukan menerima gaji 1 mingu lebih banyak.
Menganggap penerimaan gaji lebih awal sebagai bonus adalah petanda buruk dalam perancangan kewangan. Ditambah pula dengan kelebihan penangguhan bayaran hutang melalui moratorium, Bantuan Prihatin Nasional, pengeluaran KWSP RM500 dan lain-lain, tentu banyak lebihan wang yang ada sekarang.
Oleh itu, belanja secara normal seolah-olah gaji diterima macam biasa.
Gaji bulan April diperuntukkan sehingga hujung Mei.
Kemudian gaji bulan Mei yang diterima hari ini, guna selepas 23hb.
Rancang perbelanjaan menjelang musim perayaan dengan baik.
Selalunya perbelanjaan akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan. Jadi, jika tidak dirancang dengan baik, ditambah pula dapat gaji lebih awal – kita akan lebih terdorong berbelanja.
2. Sepanjang Bulan Ramadhan
Usah membazir. Tahun ini berbeza denan tahun-tahun sebelum ini, tiada lagi bazar Ramadhan yang menghasut kita berbelanja lebih.
Tapi ingat, bazar online masih ada di tangan masing-masing. Mungkin tarikannya lebih kuat berbanding bazar Ramadhan biasa.
Hadkan perbelanjaan setiap hari di bulan Ramadhan. Caranya ialah dengan berbelanja cukup-cukup sahaja setiap hari utk beli makanan.
Sehari satu atau dua menu, seminggu dah 7 ke 14 menu berbeza. Tahan nafsu elok-elok.
Memasak makanan sendiri adalah lebih afdhal, lebih baik dan lebih ekonomi. Ambil kesempatan waktu pulang yang lebih awal berbanding di luar bulan Ramadhan untuk menyediakan makanan sendiri.
3. Persediaan Perayaan
Bersederhana adalah lebih baik. Ada yang lebih penting daripada baju raya, kuih raya, kereta raya, perabot raya, langsir raya dan sebagainya – iaitu ikatan silatur-rahim sesama ahli keluarga dan sanak saudara. Lagipula tahun ini kita agak terhad untuk bergerak berziarah.
Baju raya – jika baju tahun lepas masih molek, maka eloklah gunakannya sekali lagi. Jika beli baju baru, belialah pakaian yang boleh dipakai di luar musim perayaan agar ia tidak membazir dan terperok di dalam almari selama 11 bulan di luar musim raya. Lebih malang lagi, apabila hendak dipakai pada raya berikutnya, saiz baju semakin mengecil.
Hias rumah tidak semestinya dengan perabot dan langsir baru. Mungkin dengan hanya cat dengan warna yang lain boleh memberikan pemandangan baru kepada rumah umpama rumah baru.
Merancang untuk tukar kereta sempena raya? Elok fikirkan alternatif menaiki pengangkutan awam atau menyewa sahaja di musim perayaan. Lebih menjimatkan berbanding membayar ansuran bulanan kenderaan yang terpaksa kita tanggung 11 bulan berikutnya, dan 7 – 9 tahun hutang. Tidak masuk lagi kos-kos lain memiliki kenderaan seperti petrol, roadtax, insurans kenderaan, servis dan sebagainya. Jika selama ini kenderaan sedia ada sudah memadai, kekalkan.
Jangan buat hutang. Cukup-cukplah dengan hutang sedia ada dan jangan tambah lagi hutang baru. Jauhkan sama sekali hutang baju raya, hutang kuih raya, hutang perabot, dan segala macam hutang yang hanya untuk kepuasan sementara.
Elakkan #nerakawang di musim perayaan. Sertai e-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW
Layari www.SeminarBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran