Kajian menarik daripada buku Atomic Habits

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:246Views

Ada satu kajian yang menarik saya baca daripada buku ATOMIC HABITS.

Kajian ini dibuat terhadap 248 peserta yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan:

KUMPULAN 1:
Mereka diberi arahan untuk melakukan aktiviti senaman pada sekian-sekian masa dan merekodkan aktiviti tersebut.

KUMPULAN 2:
Sama seperti kumpulan pertama, mereka diberi arahan untuk melakukan aktiviti senaman pada sekian-sekian masa dan merekodkan aktiviti tersebut.
Tapi ada aktiviti tambahan iaitu diberikan motivasi dan diminta membaca kelebihan bersenam

KUMPULAN 3:
Nanti saya akan ceritakan kemudian.
Pada pandangan, antara kumpulan 1 dan 2, peserta kumpulan manakah yang berjaya melaksanakan aktiviti senaman dengan baik?
Sebelum saya sambung, jawab dulu soalan dan berikan komen.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawab dulu baru sambung baca. Hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya pernah tanyakan soalan di atas kepada team saya dalam dua sesi berbeza.

Dalam kedua-dua sesi, semua menjawab kumpulan 2 akan mengatasi kumpulan 1 dalam melakukan aktiviti senaman.

Alasannya, kumpulan kedua diberikan motivasi berbanding kumpulan pertama diberikan arahan tanpa motivasi.

Sama tak jawapan mereka dengan jawapan anda?

Mesti sama kan? Hehe…

Tapi hasi daripada kajian di atas, jawapan tidak begitu. Hasil kajian mendapati bahawa, kedua-dua kumpulan memberi hasil yang sama. Hanya sekitar 35% ke 38% sahaja yang melakukan senaman!

Kumpulan ketiga yang memberi impak luar biasa! Nanti saya sambung dalam tulisan akan datang jika ramai yang berminat.

Ini adalah tulisan ke-4 saya berkenaan buku ATOMIC HABITS yang sedang saya hadam sejak sebulan dua lalu.

Dalam buku ini ada satu topik bertajuk “Motivation Is Overrated”, yang menarik minat saya membaca buku selanjutnya.

Soalan kepada pembaca,

Agak-agaknya, apa yang menyebabkan berlaku situasi di atas?

Apa yang berlaku kepada kumpulan ketiga, yang menyebabkan hasil peserta berkali ganda berbanding kumpulan pertama dan kedua.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Nak beli kereta raya? Baca tulisan ini dulu. 1. Kereta…