Cari Duit Lebih? Jangan Lupa Poket Bocor
Cari Duit Lebih? Jangan Lupa Poket Bocor
(Tulisan ini sempena isu bocor yang sedang hangat diperkatakan tapi tiada kaitan dengan soalan bocor)
Dalam sesi-sesi konsultansi personal dan juga dalam sesi-sesi training, selalu diajukan soalan ini:
“Macam mana nak cari duit lebih ye?”
“Aku dah tak tau nak buat macamana lagi. Siang aku kerja 8 sampai 4. Malam aku buat berniaga. Hujung minggu buat part time. Tapi duit asyik tak cukup je. Kau ada cara lagi nak dapat duit lebih?”
“Dah 3 tahun saya kerja dan kumpul duit, tak cukup-cukup jugak untuk kawin”
“Abang, macam mana abang kumpul duit setahun selepas grad terus abang kawin” (soalan ni membuat saya berbunga-bunga sebentar)
Dalam strategi mengumpul duit, ramai orang bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat gaji yang setimpal dengan kerja mereka. Tidak cukup dengan kerja waktu pejabat, mereka sambung kerja di luar waktu pejabat atau overtime. Tidak cukup dengan overtime, cari lagi ruang masa untuk mendapatkan pendatanan lebih dengan cara berniaga, MLM, ejen insuran, dan sebagainya, atau kerja part-time.
Namun, ramai yang terlupa tentang poket mereka yang “bocor” (Maaf , tiada kiatan dengan isu soalan bocor baru-baru ini ini ye).
“Poket bocor? Apa ni?”
Maksud saya, dalam mereka bertungkus-lumus mengumpul wang, mereka terlupa tentang perbelanjaan mereka juga semakin bertambah. Tidak sedar dari masa ke masa wang yang mereka berlanjakan semakin banyak.
Lebih teruk lagi, wang tambahan yang mereka sedang usahakan hanya menampung kos untuk mereka kerja part-time atau overtime tadi.
Umpama pasukan bola sepak yang hanya menumpukan kepada aspek penyerangan sahaja tetapi lupa untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan, mampukah pasukan tersebut berjaya?
Bagaimana pula dengan pasukan tentera yang hanya menyiapkan askar-askar yang berada di bahagian hadapan untuk menyerang, tetapi tidak menyediakan pasukan di belakang untuk pertahanan. Mampukah tentera tersebut memenangi pertempuran?
Justeru, dalam kita bertungkus lumus bekerja mengumpul duit, jangan lupa aspek-aspek perbelanjaan seperti petrol, telefon, penyelenggaraan kenderaan, perbelanjaan makanan dan sebagainya. Semua ini umpama pertahanan kewangan kita untuk mengumpul lebih banyak wang agar tidak dibazirkan begitu sahaja.
Ingat, setiap RM100 yang berjaya kita jimatkan, umpama kita menerima pendapatan tambahan RM100.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
banyak tempat boleh bocor, bocor kat minyak, bocor kat dobi, bocor kat kereta huhu