Kalau sesiapa terfikir nak jadi ejen takaful, elok batalkan niat. Susah jadi ejen takaful ni. Nak kena join meeting. Pendek kata, memang susah la. Biar kami-kami yg dah jadi ejen je yg teruskan. Itu pun nanti akan ada yg resign dan kena terminte. Jadi ejen yg stay, boleh la tapau market yg ada Sumber dari
HIBAH TAKAFUL UNTUK BAYAR HUTANG? Lihat kes ini. Suami melanggan takaful RM500,000, letak isteri sebagai penerima hibah 100%. Berpesan pada isterinya: “Kalau Abang meninggal, tolong bayarkan hutang-hutang Abang ya.” Langit tidak selalunya cerah. Tapi alhamdulillah, sempat sediakan payung sebelum hujan. Beberapa tahun kemudian, suami meninggal dunia. Si isteri dapat pampasan takaful RM500,000, 100% milik peribadi
Sebagaimana yang saya jangkakan, masih ramai ejen takaful yang tidak berpuas hati, walhal penjelasan telah diberikan sejak hari pertama isu ini tular. Yang menariknya, hujah balas mereka semuanya menjurus kepada serangan peribadi, bukannya fokus kepada isu pokok. Paling pelik ialah hujah mereka yang mengatakan saya bersuara kerana mahu menjual buku. Mereka masih gagal menerima hakikat
Dalam sesi di Astro Awani semalam, ada beberapa persoalan diajukan, antaranya; 1. Kenapa hibah boleh dicabar? 2. Bagaimana nak elakkan hibah daripada dicabar? Sesuatu yang BOLEH DICABAR bukan bermaksud ia TAK BAGUS. Ia juga bukan bermaksud ia tak sah atau tak berkesan. Perlembagaan Malaysia pun ada orang cabar. Undang-undang Allah pun ada yang manusia cabar,
Terima kasih sahabat saya, Tn Wan Mohd Nurmisuari, atas nasihat ini Saya setuju 100% dengan apa yang ditulis. Andai semua ejen yang berkenaan mengambil pendekatan seperti Tuan, saya yakin isu ini boleh reda dan kita semua boleh move on dengan tenang. Namun jika ada yang menyangka bahawa dengan menyerang dan menyindir saya secara peribadi akan
Saya bertanggungjawab 100% dengan apa yang saya tulis. Jika ia salah, saya tidak akan reragak-agak untuk minta maaf dan tarik balik. Saya tak faham kenapa saya yang kena bertanggungjawab sekiranya ada pelanggan yang nak batalkan polisi takaful mereka? Saya dari dulu konsisten mengatakan bahawa hibah takaful boleh dicabar, bukan baru. Tapi apabila berlaku kes hibah
Asalnya, ada seorang yang memuat naik tangkap layar komen-komen ejen takaful yang mengecam saya, lalu dikongsikan di ruangan komen posting saya sendiri. Saya hanya mampu ketawa kecil. Sudah boleh agak perkara itu akan berlaku. Tidak lama kemudian, muncul pula seorang ejen lain yang meninggalkan komen membuatkan saya tersenyum sendiri. Katanya, suatu ketika dahulu dia sangat
Masa mula-mula dihubungi oleh Tuan Shahrul Sabri untuk berkongsi maklumat berkenaan kes hibah takaful kakaknya yang dicabar di mahkamah, beliau turut berikan dokumen-dokumen keputusan dan arahan daripada hakim. Semasa membaca keputusan Mahkamah Tinggi, saya bersangka baik penggunaan istilah “insurans” oleh hakim untuk memudahkan kefahaman awam, bahasa layman. Namun begitu, apabila beberapa peguam meminta saya salinan
Sebenarnya sejak beberapa bulan lepas, saya sedang mengusahakan satu dokumen yang saya namakan sebagai “Pesanan Terakhir”. Dokumen ini saya bercadang untuk disarankan kepada para pelanggan takaful supaya disimpan bersama polisi takaful mereka. Ia belum dilaksanakan secara rasmi, tapi saya percaya ada nilainya dari sudut kemanusiaan dan emosi. Secara teknikal, dokumen ini tidak mengikat dan tiada
Tuan Shahrul Sabri sudah mula ceritakan kronologi bagi pihak beliau sebagai ejen arwah dalam kes hibah takaful yang dicabar. Beliau bukan sekadar ejen arwah, malah juga beliau adalah adik ipar arwah. Pendedahan yang saya lakukan dalam posting kelmarin, berdasarkan maklumat daripada beliau. Malah draf posting saya itu juga dibaca dan disemak oleh beliau sebelum saya