Covid-19 : Guna KWSP Untuk Pelaburan
Tadi saya tulis tentang pengeluaran wang KWSP untuk keperluan.
Ada pula yang tanya soalan, apa pandangan saya jika pengeluaran tersebut digunakan untuk beli emas / labur ke unit trust / masuk PRS / masuk ke Tabung Haji.
Ini jawapan saya:
PERINGATAN AWAL: Jika belum baca tulisan sebelum ini, elok baca dulu untuk mengelakkan salah faham.
1. Suka saya ulangi, fungsi asal KWSP adalah untuk persaraan.
2. Buat masa sekarang, pengeluaran wang KWSP adalah untuk keperluan bagi yang benar-benar terdesak dan kesempitan untuk teruskan hidup. Jadi, beli beli emas / labur ke unit trust / masuk PRS / masuk ke Tabung Haji, bukanlah perkara keperluan buat masa sekarang.
3. Berdasarkan laporan The Star 30 Mei 2016, CEO KWSP memberitahu bahawa hanya 20% pencarum yang keluarkan wang dana persaraan itu untuk unit trust, mendapat pulangan lebih baik berbanding KWSP.
4. Niat untuk beli beli emas / labur ke unit trust / masuk PRS / masuk ke Tabung Haji adalah niat yang bagus tapi semua itu mudah cair, kecuali PRS. Ada berkebarangkalian tinggi untuk dicairkan dan dikeluarkan bagi kegunaan lain berbanding kekal di KWSP yang “beku” sukar dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.
5. Mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang KWSP adalah BUKAN harta sepencarian. Maka, apabila keluarkan KWSP untuk kegunaan lain, maka wang tersebut akan menjadi harta sepencarian. Ia akan memberi implikasi dari sudut undang-undang keluarga Islam apabila berlaku penceraian, poligami atau kematian.
6. Beli beli emas / labur ke unit trust / masuk PRS / masuk ke Tabung Haji adalah perkara yang bagus. Tapi kalau dapat lakukan semuanya tanpa perlu usik wang persaraan, adalah lagi bagus.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran