Daftar Bisnes Tanpa Modal

Siang tadi saya buat hantaran-hantaran ini di FB.

Tentu ramai yang pelik apabila saya kongsikan perkara ini. Hahahah.. Jangan risau, saya takkan ajak join scam atau skim cepat kaya.

Saya takkan perjudikan nama dan maruah saya untuk promote skim MLM yang mengarut.

Kalau ada yang berminat, berikan komen di bawah.

Nanti saya berikan link utk join group WhatsApp tertutup. Penerangan akan diberikan dalam group tersebut.

Boleh baca penerangan nanti dan boleh join MLM ini jika berminat. Saya buat part time sahaja selepas beberapa minggu membuat sedikit kajian. Memang tak ada modal dikeluarkan untuk sertai.

Ia bisnes MLM dengan produk harian untuk digunakan dan gantikan produk sedia ada dengan harga yang setara.

Pendaftaran tanpa sebarang modal walaupun 1 sen. Jadi, hampir tiada sebarang risiko di situ.

Boleh join dulu untuk siasat sama ada ia genuine MLM atau skim cepat kaya. Sementelah, tiada sebarang kos dikeluarkan untuk sertai.

Ia kompeni luar negara, belum ada penasihat syariah dan bukan BMF peringkat pertama. Ia BMF peringkat ke-3. Cari balik posting dan poster yang saya keluarkan tentang keutaaman BMF.

Andaikata kalian nampak ia scam, skim cepat kaya dan sebagainya, inform saya cepat-cepat. Manalah tahu ada perkara yang Allah hijab menyebabkan mata saya tak nampak sebarang unsur skim cepat kaya dan scam.

Tunjukkan kepada saya, sama ada secara terbuka atau secara private. Jangan risau, jika ia disampaikan secara baik walaupun keras dan kritis, saya akan terima seadanya.

Jika benar, saya tarik brake dan u-turn terus.

Saya yakin, akan ada pertikaikan tindakan saya ini dan kaitkan dengan isu lain seperti scam, BMF dan sebagainya. Saya terima seadanya. Kritikan keras yang disampai dengan cara yang baik, saya akan terima seadanya.

Bagi yang nak join, JANGAN jadikan saya penyebab untuk mengiakan apa yang saya ajak. Taksub lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Selepas dapat maklumat nanti, buat kajian sendiri juga. Saya mungkin tersilap.

Maaf, saya tak boleh kongsikan lagi secara terbuka di media sosial sebab terikat dengan beberapa peraturan syarikat ini yang saya dapati mereka sangat tegas jika ada yang langgar etika promosi.

Saya buat secara part time sahaja. Jika ia scam, skim cepat kaya, haram, berdosa; bila-bila masa saya boleh tinggalkan.

Kalau ada yang berminat, berikan komen. Tak berminat takpe. Kita tetap bersahabat di ruang maya ini.

Terima kasih.

Afyan Mat Rawi, IFP

UPDATE PAGI INI:
Berminat nak tau lanjut?

Group wassap dan penuh, jadi terus klik Channel Telegram ini. Join Channel Telegram

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com