Fulltime Trader Jauh Lebih Sukar

trader lagi

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia! Trading saham adalah bisnes.

Trading saham dan bisnes adalah sepuluh dua puluh kali ganda jauh lebih sukar daripada kerja makan gaji.

Jangan berhenti kerja hanya disebabkan kita tak puas hati dengan pekerjaan sedia ada, benci, marah, tension, bosan dan segala macam alasan negetif lain.

Berhenti kerja dan buat bisnes atau jadi fulltime trader apabila kita bersedia menghadapi cabaran-cabaran bisnes.

Buat bisnes dan jadi fulltime trader jauh lebih sukar daripada kerja makan gaji.

Jika kita ada sepuluh alasan negatif untuk berhenti kerja, akan ada seratus cabaran baru apabila berniaga dan jalankan trading.

Jika sekarang kita ada 100 alasan negatif untuk berhenti kerja, akan ada seribu cabaran baru apabila mula berniaga dan trading kelak.

Jika kita berhenti kerja dengan seribu alasan negetif, akan datang 2.6 billion cabaran baru kelak.

Memang betul ketika makan gaji kita ada masalah trafik jammed, kerja bagai nak rak, majikan bossy, rakan sekerja iri hati, dan sebagainya.

Tapi lepas buat bisnes dan jadi trader full time, akan hadapi maslaha yang lebih teruk daripada semua masalah tadi.

Ulangan, buat bisnes dan jadi fulltime trader sepuluh dua puluh kali ganda jauh lebih sukar daripada kerja makan gaji.

Memang boleh kaya dengan jadi trader dan bisnes.

Nak kaya takpe, tapi biar dengan jalan hensem lagi mulia.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com